Dakwah kita adalah seruan ubudiah atau pengabdian diri kepada Allah SWT. Kita mengajak masyarakat ke arah ketundukan mutlak kepada Robb dan pencipta alam ini. Masyarakat yang dicita-citakan adalah masyarakat yang cinta serta beradab terhadap agamanya, menyanjung tinggi Islam sebagai Deen yang mengatur setiap perilaku, ucapan dan gerak-gerinya, juga masyarakat yang kembali berhukum dengan undang-undang Tuhannya bahkan sedia menolak program berfikir sekularisme yang menyesatkan lagi terkeji.
Ingatlah wahai pemuda sekalian pada hakikat bahawa perjuangan kita adalah membina generasi yang ubudiahnya mutlak kepada Allah tanpa sedikitpun unsur-unsur kesyirikan. Ketahuilah pula bahawa perkumpulan-perkumpulan yang ditegakkan demi dakwah ini adalah seruan ubudiah. Inilah tanggungjawab besar yang harus dipikul kalian yang telahpun menghirup udara segar kebangkitan Islam. Sesungguhnya ubudiah hanyalah berdiri di atas tiga perkara asas iaitu:
1. Iman yang benar lagi tulus. (صدق الإيمان)
2. Pegangan teguh dengan pertimbangan ilmu dan tuntutan Al-Quran. (التمسك بالعلم والقرآن)
3. Beramal dengan pedoman yang terang dan betul. (العمل على بصيرة )

0 comments:
Post a Comment