Model yang ditayangkan khas bagi sesiapa yang nak menyimpan rambut panjang sempena musim sejuk ini. Belum cukup panjang? Suka hati saudaralah asalkan tak serupai jembalang yang berambut terjurai sampai ke kaki. Tetapi tolong ingat satu perkara sahaja,,"mung tu ustaz!!!". Ada yang tesinggung ke?Siapa makan cili dialah rasa pedas. Minta ampun tuan.
31 December 2009
Jembalang

Teka Sampai Dapat!!
Pengumuman 2x ..siapakah mau mendengar(cam penah dgr lirik ni).
Berita yang panaskan badan tika sejuk nih...Sahabat ana mau kawen. ..,Siapakah?...Siapakah?...
Tekalah...uji terer anda..
Berita yang panaskan badan tika sejuk nih...Sahabat ana mau kawen. ..,Siapakah?...Siapakah?...
Tekalah...uji terer anda..
Bisakah Hati Mula Berpuisi..
Sang pemuisi agung
Rintihannya didengari Tuhan
tatkala shamail junjungan
Dhoif akal menyingkapinya
Matanya pejam
Meneroka alam batin.
Meneroka alam batin.
Busairi temui Rasul Ilahi
Menyambut burdah (selendang) diberkati
Menjernihkan jiwa.
Menerangi pena.
Jiwaku berterbangan menyanyi
Siulan memecah sunyi
Bisakah hati mula berpuisi?
30 December 2009
25 December 2009
Hadis Musalsal 'Asyura
Sahabat-sahabat yang berkesempatan bolehlah turut hadir pada kelas pengajian di masjid Azhar pada hari Ahad depan untuk sama-sama mendengar bacaan hadis musalsal 'Asyura yang insyaAllah akan disampaikan oleh Sheikh Ahmad Al-Hajin. Berikut adalah potongan ijazah bersanad yang telah dianugerahkan kepada saya.Alhamdulillah
إن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم قال:
"صيام يوم عاشوراء إني أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله " أو كما قال صلى الله عليه وسلم .
وكل واحد من رجال السند يقول سمعته يوم عاشوراء, كما قلنا فهو مسلسل بهذا اليوم المبارك كما في المسلسلات, ومعنى النسلسل في اللغة :ِِِ إتصال الشيء بعضه ببعض وفي إصطلاح المحدثين : ما اتفق رواته في صيغة أداءه على حالة قولية أو فعلية أو قولية و فعلية معا
وفضيلثه كما قال السخاوي : الإقتداء بالنبي صلى االه عليه وآله وسلم فعلا ونحوه وللإستدلال على مزيد الضبط من الرواة .
قال : وخير المسلسلات ما كان منه دلالة على إتصال السماع وعدم التدليس كقول كل من الرواة حدثنا .
هذا وقد أجزت تلميذي العزيز الطالب : محمد فضير بن محمد فوزي
أن يروي عني هذا الحديث وأوصيه بتقوى الله وإتباع نبيه المجتبى ورسوله المصطفى وحبيبه الأعظم الأجل النور اللأتم سيدنا محمد صلى الله عليه وآله وسلم .
المجيز: العبد الفقير إلى رحمة ربه الرحيم الغفور خادم العلوم الشرعية المشرفة والسنة النبوية المطهرة أبو عبد الله أحمد بن صلاح الدين بن عبد الله الهجين الأشعري الشافعي الأزهري عفا الله عنه وعن والديه ومشايخه وأحبائه وسائر المسلمين أجمعين ( آمين )
التاريخ : 10/1/1430ه
التوقيع
.................
24 December 2009
Kewajiban Generasi Moden Memahami Islam.
Tamadun Islam dalam rentetan sejarahnya memaparkan peristiwa besar apabila berlakunya hijrah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam kerana ianya menjadi titik tolak kepada kegemilangan Islam dan tamadunnya sehinggalah kurun-kurun berikutnya. Generasi Islam terawal ketika itu juga berjaya membina tamadun ulung yang berdiri utuh mendepani zaman dan mampu memimpin ketamadunan kemanusia sejagat. Umat Islam pada zaman ini perlulah menyedari bahawa menyelak semula rentetan hijrah akan mendedahkan sesungguhnya keagungan tamadun tersebut berpaksi pada masyarakatnya yang berorientasikan pemahaman Islam dan keimanan yang teguh terhadap prinsip-prinsip Islam. Tertegaknya masjid sebaik sahaja ketibaan Rasulullah SAW di Madinah yang kemudiannya berperanan membentuk masyarakat Islam pada pemikiran dan akhlaknya menjadi contoh nyata yang seharusnya diambil berat oleh pandakwah-pendakwah pada masa kini. Justeru hendaklah difahami benar oleh para penyeru Islam pada zaman ini bahawa kebangkitan umat Islam daripada kelesuan mereka hanyalah akan berlaku setelah mereka berpegang pada petunjuk Islam dan seluruh ajarannya melalui pembelajaran dan pemahaman Islam yang betul kemudian barulah tamadun Islam kembali gemilang menerajui dunia.
Umat Islam hendaklah mendalami semula ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh sehingga mereka memahami kembali seluruh kewajiban mereka sebagai hamba Allah SWT dan mengetahui pula tanggungjawab sebagai seorang muslim terhadap jihad menegakkan Islam di zaman ini. Kebangkitan umat Islam hari ini tidak akan berdaya menebas pengaruh puaka ideologi dalam masyarakat dan tanah air umat Islam di zaman ini sehinggalah seruannya benar-benar bertunjangkan ilmu pengetahuan yang membenteng mereka dari kesesatan ,menimbulkan perasaan takut kepada Allah, serta menggerakkan ketaatan dan menunjukkan jalan beramal yang betul. Pemahaman Islam ini pula hendaklah berdasarkan disiplin dan ilmu yang bersifat merangkumi seluruh bidang keilmuan Islam sebagaimana yang telah disusun oleh ulamak Islam yang muktabar. Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 122 bermaksud:Tidak sepatutnya bagi orang-orang mukmin itu pergi semuanya(ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa kumpulan untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menyelamatkannya.
Realiti dan Cabaran Moden.
1. Kesilapan Wasilah Memahami Islam
Malapetaka besar melanda umat Islam disebabkan mereka memahami Islam berdasarkan buah fikiran pendusta-pendusta pada zaman ini. Hukum-hakam Islam tidak boleh sewenang-wenangnya diambil dari sesiapa sahaja melainkan mereka yang diistilahkan fikih Islam sebagai mujtahidin disebabkan keahlian dalam bidang-bidang keilmuan Islam melayakkan mereka menggali hukum-hakam berdasarkan disiplin ilmu-ilmu yang dimiliki tersebut. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa' ayat 83 bermaksud:
Dan kalaulah mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang yang ingin mengetahuinya kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka(Rasul dan Ulil Amri).
Selain itu, umat Islam hendaklah berwaspada terhadap golongan yang pada pandangan umumnya digelar ulamak tetapi pada hakikat sebenarnya mereka teraba-teraba dalam memahami dan mengajarkan Islam disebabkan kefahaman mereka hanyalah bersandarkan juzuk-juzuk tertentu tanpa berdasarkan disiplin keilmuan Islam yang meliputi aspek-aspek ajarannya. Manakala sanjungan umum terhadap mereka hanyalah semata-mata umpanan perangkap yang sengaja dipasang oleh puak-puak berfahaman sekular Barat yang bertaringkan hawa nafsu untuk menyungkurkan masyarakat Islam tanpa disedari. Bahaya ini mestilah disedari umat Islam kerana golongan ini akan menambah biakkan lebih banyak kemudaratan dan perpecahan dalam masyarakat Islam. Kejatuhan empayar khilafah Uthmaniah seharusnya dijadikan iktibar sepanjang zaman kerana krisis pergolakan yang berlaku ketika itu antaranya berpunca daripada tingkah laku mereka yang rosak akhlaknya menyebarkan pertelingkahan di kalangan umat Islam.
2.Serangan Pemikiran
Umat Islam juga telah kehilangan benteng dalam menangkis rencana-rencana jahat musuh-musuh yang dengki terhadapnya sehingga melahirkan dua golongan sahaja di dunia ini samada muslim yang berakal kafir ataupun muslim yang berakhlak kafir. Mereka adalah generasi umat Islam yang kurang ajar dan biadap terhadap Tuhan yang menciptanya dan juga tidak lagi mengenal dan menghargai Tuhannya, Nabinya dan Islamnya. Hal ini bercanggah dengan aqliah Islam yang membentuk seorang manusia yang berorientasikan hukum agama dan melahirkan cara berfikir yang tepat terhadap perjalanan alam dan kehidupannya di dunia ini. Justeru mestilah difahami bahawa kewajiban setiap muslim di zaman ini adalah bangun berjihad membersihkan diri mereka dan umat Islam seluruhnya dari segala fahaman,ajaran dan program berfikir yang bersifat sekular itu.
Sesungguhnya generasi muda-mudi Islam yang telahpun menghirup udara kesedaran dan kebangkitan Islam di zaman ini tidak seharusnya mencuaikan tanggungjawab mereka untuk menuntut ilmu-ilmu Islam secara saksama tanpa sedikitpun pengabaian pada juzuk-juzuknya. Sebagai akhirnya cukuplah sekadar kami menyebut ilmu-ilmu Islam yang dituntut untuk mempelajarinya sebagaimana yang telah digariskan oleh Said Hawwa Rahimahullah seperti berikut:
1. Ilmu Usul Thalathah
2. Al-Quran dan Ilmu-ilmunya
3. As-Sunnah dan Ilmu-ilmunya
4. Ilmu Usul Fiqh
5. Ilmu Aqaa'id
6. Ilmu Feqah
7. Ilmu Akhlak,Tazkiah dan Suluk
8. Sirah dan Sejarah Islam
9. Ilmu-ilmu Bahasa Arab
10. Rencana-rencana Jahat ke atas Islam dan Umatnya serta Cabaran yang Dihadapi Umat
11. Kajian-kajian Islam Semasa
12. Fiqh Dakwah
14 December 2009
TITIK KEKELIRUAN GAGASAN ISLAMISASI ILMU
Oleh: A.Muchlis (http://malaydentist.blogspot.com)
Pada tahun 2002, Zulkifli Ismail, pengasas madrasah Baitul Qurra merangkap Ketua Dewan Ulama PAS Melaka menulis dalam magnum opus-nya Ancaman Bahaya Sekularisme berkenaan kepalsuan aliran keintelektualan semasa seperti aliran islamisasi ilmu dan anti hadis, sebagai peringatan kepada kaum muslimin,
Beliau menyedari kegelapan serta bahaya yang berada disebalik gagasan tersebut. Secara jelas beliau menyebutkan bahawa meletakkan umat islam berpandu kepada apa yang bersifat andaian (zhanni/doubtful) di sisi manusia dengan meninggalkan apa yang diyakini pada akidah dan syariat mereka adalah pekerjaan bodoh yang sedang melanda sebahagian para intelektual dan cerdik pandai yang ditipu syaitan di zaman ini. (Yunus: 36)
DARI RASIONALISME KE LINGUISTIK
Dalam dunia falsafah terdapat dua jalur pemikiran besar yang saling berseberangan iaitu rasionalisme dan empirisme. Dalam perkembangannya, Rasionalisme diusung oleh banyak tokoh, masing-masingnya dengan ajaran-ajaran yang khas, namun tetap dalam satu koridor yang sama. Pada abad ke-17 terdapat beberapa tokoh kenamaan seperti René Descartes, Gottfried Wilhelm von Leibniz, Christian Wolff dan Baruch Spinoza. Sedangkan pada abad ke-18 nama-nama seperti Voltaire, Diderot dan D’Alembert adalah para pengusungnya.
Seperti juga pada Rasionalisme, maka pada Empirisme pun terdapat banyak tokoh pendokong yang tidak kalah popularnya. Tokoh-tokoh dimaksud antaranya adalah David Hume, John Locke dan Bishop Berkley. Para penganut aliran empirisme tentu sahaja menentang kaum rasionalis yang begitu memberikan tempat dan peranan akal dalam proses lahirnya pengetahuan. Mereka mengajarkan bahawa pengetahuan diperoleh menerusi pengalaman.
Kemudian muncul aliran Fenomenalisme Kant yang dikemukakan oleh Immanuel Kant, seorang ahli falsafah Jerman. Dia berusaha keras mendamaikan pertentangan antara empirisme dan rasionalisme. Menurut hemat Kant, dalam proses ilmu pengetahuan unsur rasio dan indera sama-sama berperanan.
Daripada Kant, mengalir fahaman yang cuba mendamaikan antara falsafah Timur dan Barat seperti Schopenhauer. Kemudian Wittgenstein, Deisme, dan Russell mula memperkenalkan falsafah analisis malah mereka cuba memurnikan lagi ilmu pengetahuan supaya kelihatan lebih objektif. Aliran ini mengambil sikap pertengahan (wasatiah) dalam falsafah Barat.
Pada tahun 1920-an pergerakan falsafah logika positivisme (atau logika empirisme) muncul di Austria dan Jerman. Aliran ini berusaha menstabilkan antara analisis logik ilmu pengetahuan saintifik dengan fahaman positivisme Comte yang ilhad, mengulangi semula keneutralan Kant. Falsafah linguistik analisis yang muncul mendorong aliran-aliran Islam ini (seumpama Al-Attas) menyuntik kembali ontologi (worldview/welstanchaung) Islam selepas dipisahkan oleh logika positivisme kerana aliran linguistik dianggap lebih berdisiplin. Disinilah munculnya Islamisasi Bahasa. Disinilah juga letaknya antara seribu satu kedangkalan gagasan islamisasi ilmu sains sosial, iaitu suatu cubaan halus untuk menyelaraskan antara ajaran agama dan ajaran metodologikal Falsafah Barat yang rapuh (atau antara naql dan ‘aql)
Apabila dicermati lebih mendalam, mana-mana aliran yang berguru dengan Barat begitulah kesudahannya. Mereka tidak akan nampak nass syariat Allah Swt. sebagai jalan keluar. Akibat terlalu ghairah dengan kemampuan akal (‘aql/reason), mereka rela menolak petunjuk Qur’an Sunnah dan ijtihad para ulama yang mu’tabar. Para cendekiawan muslim menyebut mereka sebagai jahil murakkabun.
Mereka lebih yakin kepada falsafah dan pemikiran Barat, tapi yang telah menjalani proses desekularisasi (desecularization), dewesternisasi (dewesternization), dan integrasi holistic ilmu (holistic integration of knowledge) menurut teori dan nafsu mereka, lalu memposisikannya sebagai sumber hukum Islam yang ke-5 selepas Qur’an, Sunnah, Ijmaa’, dan Qiyas! Persoalannya, bagaimanakah umat Islam boleh berpandu pada yang bersifat spekulasi (zhanni/doubtful) dan meninggalkan apa yang diyakini pada akidah dan syariat mereka?
Dalam hal ini, tokoh mujaddid islam, As-Syaheed Imam Hassan Al-Banna telah menggariskan panduan dalam Usul Isyrin, iaitu prinsip yang ke 19,
Sebagai contoh mudahnya, dalam penciptaan nabi Adam a.s. Al-quran menyatakan bahawa ia diciptakan oleh Allah Swt., tapi telah dinafikan oleh penemuan ilmiah yang bersifat spekulasi (zhanni/doubtful). Charles Darwin dalam bukunya, The Origin of Species berkata bahawa manusia berkembang daripada air. Ini adalah andaian atau zhanni semata ! Dan belum pernah dibuktikan secara ilmiah hingga ke hari ini. Oleh itu, teori evolusi hendaklah di takwil (ta’wil/interpret) agar tunduk kepada nas Al-Quran yang putus (qath’i/definitive), dan bukan sebaliknya.
The Origin Of Species: Sebuah kajian jenis al-istiqra' al-naqis (imperfect induction) atau penelitian yang tidak menyeluruh kerana memiliki variati yang terlalu banyak dan tidak dapat dicakup semuanya dalam penelitian manusia. Begitu jugalah 'resepi' dalam kajian falsafah sosial Barat.
KRITIK EPISTEMOLOGI DAN METODOLOGI
Pendiri popular aliran islamisasi ilmu sains sosial, atau lebih tepatnya Ismail Raji Al-Faruqi dan Syed Muhammad Naquib Al-Attas sepakat menolak ilmu moden sekular Barat tapi hanyalah sebatas doktrin (ta’alim/doctrine) sahaja. Namun, mereka masih mengekalkan epistemologi (nazariyatul ma’rifah/epistemology) Barat iaitu berdasarkan akal (‘aql/reason) yang terbatas, bukan petunjuk wahyu yang mutawātir (consecutive) dan bersifat pasti (qath’i/definitive).
Sebagai contoh, dalam kajian sosiologi mereka sepakat menolak pendapat yang mengatakan bahawa manusia berasal daripada kera – iaitu teori evolusi. Penolakan ini adalah semata-mata doktrin. Tetapi ketika mereka cuba menghuraikan jalan penyelesaian dalam masalah sosial, ekonomi, dan politik mereka kekal menggunakan akal (‘aql/reason) dan metodologi (qawa’id/methodology) Barat. Menjadikan falsafah sebagai prinsip (usūl/principles) dan agama sebagai cabang (furu’/branches) pula.
Islam berpegang bahawa keupayaan akal fikiran manusia adalah terbatas. Ia tidak mampu memberi petunjuk kepada manusia dalam perkara yang diluar dari peranannya yang telah ditetapkan oleh Allah Swt. itu. “Dan manusia dijadikan bersifat lemah” (an-nisaa’: 28) Hakikat kelemahan akal manusia adalah menjadi nyata dalam dua aspek pengetahuan yang penting. Pertama, aspek pengetahuan yang berhubung dengan perkara-perkara ketuhanan, ukhrawiyyat, dan kerohanian. Kedua, aspek pengetahuan yang berhubung dengan nilai, tingkah laku, dan sistem hidup yang diperlukan oleh manusia bagi mencapai kebahagiaan di dunia.
Dalam masyarakat Islam kelemahan ahli falsafah seperti itu telah didedahkan dengan terangnya oleh Hujjatul Islām Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Tahāfut al-Falāsifa. Beliau berkata antara lain,
Di Barat kesedaran mengenai hakikat kelemahan akal mula disedari khususnya oleh ahli falsafah Empiris pada abad ke-17. John Locke (1632-1704) memetik kembali ucapan Aristotle yang berbunyi,
Ada satu kelemahan yang paling menonjol dalam metodologi sains sosial iaitu tiadanya suatu ukuran pembuktian rasional yang pasti, definitif kata bahasa sekarang. Maka sebagaimana ahli falsafah Metafizik, ahli falsafah dan kajian sosial sehingga setiap aliran yang sama itu berpecah pula kepada beberapa aliran yang berlainan. Perlu difahami bahawa kajian falsafah dibidang kemanusiaan dengan tujuan menyingkap cara hidup yang terbaik baginya telah dikembangkan pada abad ke-18 sehingga ke hari ini oleh ahli falsafah materialis secara meniru kaedah pendekatan dan pembuktian dalam ilmu sains tulen.
Percubaan dilakukan dalam tiga cabang. Pertama, dalam penciptaan ilmu sosiologi melalui pendekatannya oleh Comte. Kedua, falsafah moral khususnya aliran pragmatisme. Ketiga, ilmu psikologi yang diasaskan oleh Frued. Percubaan ini sebenarnya bertujuan menjauhkan agama dari terus memberi pengarahan kepada hidup manusia dengan cara menggantikan ilmu-ilmu sosial ditempat agama!
Kegagalan usaha titik peluh ahli falsafah Barat ini telah didedahkan oleh Dr. Mahmud Othman dalam bukunya dibawah fasal bertajuk “Bahawa Agama Adalah Satu Kemestian Bagi Memandu Manusia di Dalam Tingkah Lakunya dan Dalam Menyusun Masyarakatnya”,
Kelemahan-kelemahan ketara falsafah sosial Barat disebabkan oleh enam perkara berikut. Pertama, falsafah tidak mempunyai sebarang ukuran untuk membezakan antara kebenaran dan kesesatan, antara yang betul dan yang salah. Kedua, selama mana falsafah tidak mempunyai suatu ukuran (pembuktian yang boleh dipercayai) untuknya, maka selama itulah buah fikiran falsafah adalah andaian (spekulasi) semata-mata. Ketiga, selama mana tiada jalan untuk sampai kepada suatu keputusan yang diyakini dalam mana-mana persoalan falsafah maka adalah suatu perkara yang pasti bahawa perselisihan pendapat di bidang falsafah adalah berterusan. Keempat, selama mana perselisihan pendapat berterusan di bidang falsafah maka masalah yang merupakan tajuk perbincangan falsafah akan terus serupa dan sama sahaja. Kelima, perselisihan falsafah adalah meratai keputusannya sama ada yang berbentuk negatif, positif, atau keduanya sekali. Dan akan berkesudahan dengan penafian atau penetapan yang mutlak dalam semua masalah. Keenam, sebagai rumusan daripada perkara-perkara sebelumnya, falsafah pada hakikatnya tidak memiliki sebarang pendapat pun baginya (iaitu pendapat yang boleh menjadi sandaran).
KESIMPULAN DAN PENUTUP
Perlu difahami bahawa hakikat kekeliruan gagasan islamisasi ilmu atau gagasan penyelarasan serta semua kesesatan pemikiran zaman ini adalah berhubung langsung dengan sifat lemah dan terbatasnya akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah Swt. kepada manusia. Maka menurut perspektif islam yang sebenar, Islamisasi Ilmu Sains Sosial Barat tidak akan bermakna selain dari menolak segala kesimpulan sosial yang dibina atas sandaran yang bersifat andaian, dan membebaskan segala percubaan mendamaikan kesimpulan sosial yang dibina atas sandaran yang bersifat andaian itu sama ada dari aspek epistemologi maupun metodologinya. Islamisasi Ilmu dengan makna yang lain dari itu, tidak akan beerti selain dari suatu percubaan halus untuk menundukkan Islam kepada khayalan-khayalan ilmu sosial Barat yang dikagumi oleh para intelektual zaman ini. Bagaimanakah mereka hendak menegakkan kebenaran dengan berpandu kepada kesesatan?
Ada pula yang kurang sihat akalnya, mengakui bahawa ajaran dari pemikir Barat itu ada yang sesuai dengan Islam justeru harus didamaikan (atau diislamisasikan). Padahal kalau mereka berfikir sihat, kalau memang ajaran lain itu sebahagiannya sesuai dengan Islam, mengapa tidak Islam yang turun dari langit ini saja yang mereka pertahankan?
Adalah jelas sebagaimana yang diterangkan oleh Imam Al-Ghazali dalam Munqiz Min ad-Dhalal (Pembebasan Dari Kesesatan) bahawa ahli falsafah itu berbincang mengenai persoalan kemanusiaan dan nilai bukanlah diambil dari kajian falsafah dan pemikiran akal mereka tapi dari petunjuk dan ajaran agama yang ditiru dan dicedok oleh ahli falsafah tersebut, atau disebut sebagai stolen legacy. Jadi sekali lagi saya ingin bertanya, mengapa tidak ajaran Islam yang turun dari langit (khabar shādiq) ini saja yang mereka pertahankan?
Wallāhua’lam.
Bahan menarik untuk dirujuk:
1. Ancaman Bahaya Sekularisme oleh Zulkifli Ismail
2. Islam and Secularism oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas
3. Wikipedia Free Ensiklopedia
4. Tahafut al-falasifa (Kekacauan Para Filsuf) oleh Al-Ghazali
5. Islamization of Knowledge General Prinsiples and Work Plan oleh Al-Faruqi
6. Kubral al-Yaqiniyyat (Keyakinan yang Hakiki) oleh Dr. Said Ramadhan al-Buti
7. Syarah arkanul bai’ah (1) Rukun Al-Fahmu oleh Dr. Ali Abdul Halim Mahmud

“Hakikat ini perlulah difahami dengan sebaiknya supaya umat islam dapat pula menyelamatkan diri dari kepalsuan dan kesesatan gagasan islamisasi ilmu-ilmu sosial barat yang didukung oleh sebahagian intelektual di Negara-negara umat islam di zaman ini.”

International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC): Pusat Pemikiran Islamisasi Ilmu Mazhab Attasian di Malaysia
Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Pendiri ISTAC
Apabila dicermati lebih mendalam, mana-mana aliran yang berguru dengan Barat begitulah kesudahannya. Mereka tidak akan nampak nass syariat Allah Swt. sebagai jalan keluar. Akibat terlalu ghairah dengan kemampuan akal (‘aql/reason), mereka rela menolak petunjuk Qur’an Sunnah dan ijtihad para ulama yang mu’tabar. Para cendekiawan muslim menyebut mereka sebagai jahil murakkabun.
Mereka lebih yakin kepada falsafah dan pemikiran Barat, tapi yang telah menjalani proses desekularisasi (desecularization), dewesternisasi (dewesternization), dan integrasi holistic ilmu (holistic integration of knowledge) menurut teori dan nafsu mereka, lalu memposisikannya sebagai sumber hukum Islam yang ke-5 selepas Qur’an, Sunnah, Ijmaa’, dan Qiyas! Persoalannya, bagaimanakah umat Islam boleh berpandu pada yang bersifat spekulasi (zhanni/doubtful) dan meninggalkan apa yang diyakini pada akidah dan syariat mereka?
Dalam hal ini, tokoh mujaddid islam, As-Syaheed Imam Hassan Al-Banna telah menggariskan panduan dalam Usul Isyrin, iaitu prinsip yang ke 19,
“Terkadang pandangan syar’i dan pandangan ‘aqli tidak dapat saling memasuki wilayah lainnya. Tetapi keduanya tidak akan berbeza dalam masalah yang qath’i. Maka hakikat ilmiah yang benar dan kaedah syar’iyah yang kukuh tidak akan pernah bertentangan. Sesuatu yang bersifat zhanni perlu ditakwil agar sesuai dengan yang qath’i. Apabila keduanya bersifat zhanni maka pandangan syar’i lebih diutamakan untuk diikuti, sehingga yang ‘aqli menjadi benar-benar putus atau gugur sama sekali”
Sebagai contoh mudahnya, dalam penciptaan nabi Adam a.s. Al-quran menyatakan bahawa ia diciptakan oleh Allah Swt., tapi telah dinafikan oleh penemuan ilmiah yang bersifat spekulasi (zhanni/doubtful). Charles Darwin dalam bukunya, The Origin of Species berkata bahawa manusia berkembang daripada air. Ini adalah andaian atau zhanni semata ! Dan belum pernah dibuktikan secara ilmiah hingga ke hari ini. Oleh itu, teori evolusi hendaklah di takwil (ta’wil/interpret) agar tunduk kepada nas Al-Quran yang putus (qath’i/definitive), dan bukan sebaliknya.
The Origin Of Species: Sebuah kajian jenis al-istiqra' al-naqis (imperfect induction) atau penelitian yang tidak menyeluruh kerana memiliki variati yang terlalu banyak dan tidak dapat dicakup semuanya dalam penelitian manusia. Begitu jugalah 'resepi' dalam kajian falsafah sosial Barat.
KRITIK EPISTEMOLOGI DAN METODOLOGI
Pendiri popular aliran islamisasi ilmu sains sosial, atau lebih tepatnya Ismail Raji Al-Faruqi dan Syed Muhammad Naquib Al-Attas sepakat menolak ilmu moden sekular Barat tapi hanyalah sebatas doktrin (ta’alim/doctrine) sahaja. Namun, mereka masih mengekalkan epistemologi (nazariyatul ma’rifah/epistemology) Barat iaitu berdasarkan akal (‘aql/reason) yang terbatas, bukan petunjuk wahyu yang mutawātir (consecutive) dan bersifat pasti (qath’i/definitive).
Sebagai contoh, dalam kajian sosiologi mereka sepakat menolak pendapat yang mengatakan bahawa manusia berasal daripada kera – iaitu teori evolusi. Penolakan ini adalah semata-mata doktrin. Tetapi ketika mereka cuba menghuraikan jalan penyelesaian dalam masalah sosial, ekonomi, dan politik mereka kekal menggunakan akal (‘aql/reason) dan metodologi (qawa’id/methodology) Barat. Menjadikan falsafah sebagai prinsip (usūl/principles) dan agama sebagai cabang (furu’/branches) pula.
The International of Islamic Thought (IIIT): Pusat Pemikiran Islamisasi Ilmu Sains Sosial di Pennsylvania, US
Ismail Raji Al-Faruqi. Pengasas IIIT
Islam berpegang bahawa keupayaan akal fikiran manusia adalah terbatas. Ia tidak mampu memberi petunjuk kepada manusia dalam perkara yang diluar dari peranannya yang telah ditetapkan oleh Allah Swt. itu. “Dan manusia dijadikan bersifat lemah” (an-nisaa’: 28) Hakikat kelemahan akal manusia adalah menjadi nyata dalam dua aspek pengetahuan yang penting. Pertama, aspek pengetahuan yang berhubung dengan perkara-perkara ketuhanan, ukhrawiyyat, dan kerohanian. Kedua, aspek pengetahuan yang berhubung dengan nilai, tingkah laku, dan sistem hidup yang diperlukan oleh manusia bagi mencapai kebahagiaan di dunia.
Dalam masyarakat Islam kelemahan ahli falsafah seperti itu telah didedahkan dengan terangnya oleh Hujjatul Islām Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Tahāfut al-Falāsifa. Beliau berkata antara lain,
“Kami akan mengatakan bahawa tujuan kami hanyalah untuk menunjukkan ketidakmampuan anda untuk menjustifikasikan dakwaan pada pengetahuan realiti wujud dengan hujah konklusif. Kami hendak membuatkan anda meragukan keyakinan anda pada dakwaan-dakwaan anda sendiri. Kini ketidakmampuan anda itu telah jelas, marilah dinyatakan dalam fikiran bahawa ada beberapa orang mempercayai bahawa realiti soal-soal ketuhanan tidak dapat diungkapkan melalui penyelidikan intelektual dan bahawa sebaliknya adalah diluar kemampuan manusia untuk mengungkapkannya.”
John Locke (Inggeris)
Di Barat kesedaran mengenai hakikat kelemahan akal mula disedari khususnya oleh ahli falsafah Empiris pada abad ke-17. John Locke (1632-1704) memetik kembali ucapan Aristotle yang berbunyi,
“Di sana tidak ada sesuatu pun di dalam akal yang tidak dikesani lebih dulu daripada pancaindera”
Ada satu kelemahan yang paling menonjol dalam metodologi sains sosial iaitu tiadanya suatu ukuran pembuktian rasional yang pasti, definitif kata bahasa sekarang. Maka sebagaimana ahli falsafah Metafizik, ahli falsafah dan kajian sosial sehingga setiap aliran yang sama itu berpecah pula kepada beberapa aliran yang berlainan. Perlu difahami bahawa kajian falsafah dibidang kemanusiaan dengan tujuan menyingkap cara hidup yang terbaik baginya telah dikembangkan pada abad ke-18 sehingga ke hari ini oleh ahli falsafah materialis secara meniru kaedah pendekatan dan pembuktian dalam ilmu sains tulen.
Percubaan dilakukan dalam tiga cabang. Pertama, dalam penciptaan ilmu sosiologi melalui pendekatannya oleh Comte. Kedua, falsafah moral khususnya aliran pragmatisme. Ketiga, ilmu psikologi yang diasaskan oleh Frued. Percubaan ini sebenarnya bertujuan menjauhkan agama dari terus memberi pengarahan kepada hidup manusia dengan cara menggantikan ilmu-ilmu sosial ditempat agama!
Kegagalan usaha titik peluh ahli falsafah Barat ini telah didedahkan oleh Dr. Mahmud Othman dalam bukunya dibawah fasal bertajuk “Bahawa Agama Adalah Satu Kemestian Bagi Memandu Manusia di Dalam Tingkah Lakunya dan Dalam Menyusun Masyarakatnya”,
“Dan sekarang kita telah sampai kepada beberapa kesimpulan yang penting iaitu; bahawa ilmu sosiologi telah gagal sepenuhnya dari sudut teori dan perlaksanaan. Ia telah gagal untuk meletakkan hukum bagi tingkah laku manusia yang menepati kaedah hukum sains tabii, dan ia juga tidak berjaya untuk mengukur kenyataan yang berlaku dalam masyarakat, kerana disebabkan semua itu adalah kenyataan-kenyataan kemanusiaan yang tidak mungkin ditundukkan kepada bentuk ukuran silogisme yang terperinci. Dan semenjak zaman Comte hingga ke hari ini, ahli sosiologi tidak berdaya untuk mengatasi masalah ini. Apa yang dapat mereka simpulkan adalah bahawa kemajuan di bidang imu ini dikelilingi oleh pelbagai kerumitan. Dan mereka sekalipun sehingga ke hari ini telah gagal untuk mencapai suatu hukum sains yang terperinci, atau telah gagal menilai kenyataan-kenyataan sosial dengan penilaian dan ukuran yang tepat, masih terus meletakan harapan pada masa akan datang dengan kemajuan ilmu yang lahir pada ketika yang memungkinkan mereka untuk mengatasi kerumitan-merumitan itu tadi.”
Kelemahan-kelemahan ketara falsafah sosial Barat disebabkan oleh enam perkara berikut. Pertama, falsafah tidak mempunyai sebarang ukuran untuk membezakan antara kebenaran dan kesesatan, antara yang betul dan yang salah. Kedua, selama mana falsafah tidak mempunyai suatu ukuran (pembuktian yang boleh dipercayai) untuknya, maka selama itulah buah fikiran falsafah adalah andaian (spekulasi) semata-mata. Ketiga, selama mana tiada jalan untuk sampai kepada suatu keputusan yang diyakini dalam mana-mana persoalan falsafah maka adalah suatu perkara yang pasti bahawa perselisihan pendapat di bidang falsafah adalah berterusan. Keempat, selama mana perselisihan pendapat berterusan di bidang falsafah maka masalah yang merupakan tajuk perbincangan falsafah akan terus serupa dan sama sahaja. Kelima, perselisihan falsafah adalah meratai keputusannya sama ada yang berbentuk negatif, positif, atau keduanya sekali. Dan akan berkesudahan dengan penafian atau penetapan yang mutlak dalam semua masalah. Keenam, sebagai rumusan daripada perkara-perkara sebelumnya, falsafah pada hakikatnya tidak memiliki sebarang pendapat pun baginya (iaitu pendapat yang boleh menjadi sandaran).
KESIMPULAN DAN PENUTUP
Perlu difahami bahawa hakikat kekeliruan gagasan islamisasi ilmu atau gagasan penyelarasan serta semua kesesatan pemikiran zaman ini adalah berhubung langsung dengan sifat lemah dan terbatasnya akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah Swt. kepada manusia. Maka menurut perspektif islam yang sebenar, Islamisasi Ilmu Sains Sosial Barat tidak akan bermakna selain dari menolak segala kesimpulan sosial yang dibina atas sandaran yang bersifat andaian, dan membebaskan segala percubaan mendamaikan kesimpulan sosial yang dibina atas sandaran yang bersifat andaian itu sama ada dari aspek epistemologi maupun metodologinya. Islamisasi Ilmu dengan makna yang lain dari itu, tidak akan beerti selain dari suatu percubaan halus untuk menundukkan Islam kepada khayalan-khayalan ilmu sosial Barat yang dikagumi oleh para intelektual zaman ini. Bagaimanakah mereka hendak menegakkan kebenaran dengan berpandu kepada kesesatan?
Ada pula yang kurang sihat akalnya, mengakui bahawa ajaran dari pemikir Barat itu ada yang sesuai dengan Islam justeru harus didamaikan (atau diislamisasikan). Padahal kalau mereka berfikir sihat, kalau memang ajaran lain itu sebahagiannya sesuai dengan Islam, mengapa tidak Islam yang turun dari langit ini saja yang mereka pertahankan?
Imam Al-Ghazali: Tokoh Pemikir Besar Islam
Adalah jelas sebagaimana yang diterangkan oleh Imam Al-Ghazali dalam Munqiz Min ad-Dhalal (Pembebasan Dari Kesesatan) bahawa ahli falsafah itu berbincang mengenai persoalan kemanusiaan dan nilai bukanlah diambil dari kajian falsafah dan pemikiran akal mereka tapi dari petunjuk dan ajaran agama yang ditiru dan dicedok oleh ahli falsafah tersebut, atau disebut sebagai stolen legacy. Jadi sekali lagi saya ingin bertanya, mengapa tidak ajaran Islam yang turun dari langit (khabar shādiq) ini saja yang mereka pertahankan?
Wallāhua’lam.
Bahan menarik untuk dirujuk:
1. Ancaman Bahaya Sekularisme oleh Zulkifli Ismail
2. Islam and Secularism oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas
3. Wikipedia Free Ensiklopedia
4. Tahafut al-falasifa (Kekacauan Para Filsuf) oleh Al-Ghazali
5. Islamization of Knowledge General Prinsiples and Work Plan oleh Al-Faruqi
6. Kubral al-Yaqiniyyat (Keyakinan yang Hakiki) oleh Dr. Said Ramadhan al-Buti
7. Syarah arkanul bai’ah (1) Rukun Al-Fahmu oleh Dr. Ali Abdul Halim Mahmud
Oleh: A.Muchlis (http://malaydentist.blogspot.com)
05 December 2009
Eidul Adha di Baitul Qurra'.
Jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah turut serta menjayakan haflah eidul adha baru-baru ini. Sambutan yang julung kali diadakan di rumah kami, Baitul Qurra' ini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah yang sedia terjalin.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan-rakan ex-Kolej Islam termasuk Ustaz Nazrul Abdul Nasir dan Ustaz Juzaili Juhan yang sempat menyampaikan mutiara-mutiara tazkirah buat semua yang hadir.
Memetik kata-kata Ustaz Nazrul Abdul Nasir, manhaj bagi seorang penuntut ilmu untuk memahami agama adalah berasaskan as-sama'(dengar) dan talaqqi(berguru) bersama ulamak muktabar. Menurut beliau lagi, amalan membaca kitab -kitab karangan ulamak tanpa berguru langsung seharusnya ditinggal jauh kerana banyaknya karangan-karangan ulamak tersebar luas sehingga kini hanyalah untuk memelihara atau muhafazoh ilmu sahaja.
Akhir sekali, semoga dengan sambutan eidul adha kali ini dapat menyemaikan sifat pengorbanan dalam diri masing-masing seterusnya melonjakkan lagi momentum daya juang dalam menuntut ilmu Allah di perlembahan Nil ini. Sekian.
25 November 2009
Sehari Bagaikan Seminggu..
"Jadikan sehari bagaikan seminggu. Seminggu umpama sebulan. Sebulan seperti setahun"pesanan yang diulang kembali oleh Ustaz Syauqi seusai kelas pengajian baru-baru ini. Waktu adalah nikmat Tuhan yang tidak ternilai harganya. Hanya mukmin sahajalah yang membuahkan faedah dari kurniaan tersebut tanpa sesekali leka dan terpedaya. Pandanglah sumpah Allah, "Demi masa". Cukuplah tanbih buat hati-hati yang disinari iman. Waktu adalah kehidupan. Ladang orang beriman. Juga pedang yang bakal memancung orang-orang yang dalam kealpaan. Marilah mendengar firman Tuhan.
"Allah jualah Yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan Dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut Dengan perintahNya, juga Yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).
Dan ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.
Dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya."(Surah Ibrahim: 32-34)
نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس الصحة والفراغ
Dua nikmat banyaknya orang melupainya adalah waktu sihat dan lapang.
Berkata As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dalam karangannya, قيمة الزمن عند المسلمين ."Makin membesar kamu, makin besarlah tanggungjawabmu, juga sempitlah waktumu, dan berkuranglah kudrat kamu. Waktu diusia tua adalah lebih sempit, fizikalnya lebih lemah, sihatnya seketika, cergasnya berkurang, tetapi kewajiban dan kesibukannya lebih banyak dan berat. Maka bersegeralah dengan waktu umur kamu!! Sesungguhnya ia sedang mengalir deras. Janganlah kamu tambatnya dengan angan-angan yang tiada dan belum pasti. Setiap sudut waktu itu dipenuhi dengan sibuk, kerja dan segeranya yang tiba-tiba".
Justeru wahai saudaraku yang mulia,
فعليك أيها الأخ الفاضل, أن تحفظ على نفسك, وقتك من أن يذهب هدرا و سدى . فان الزمان الذي تعيش فيه ظرف عابر لا يتجدد ولا يعود. وقد قيل
ما مضي فات والمؤمل غيب ## ولك الساعة التي انت فيها
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
.
.
24 November 2009
Puisi
"bila engkau letih & hilang semangat,
ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya,
bila tangismu berpanjangan & hatimu duka,
ALLAH telah mengira titis air matamu...
bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkamu,
ALLAH tetap bersamanu,
bila engkau kebuntuan akal,
maka ALLAH adalah penunjuk jalan...
apabila engkau telah berazam,
maka bertawakallah kepada ALLAH..."
'jadikanlah dirimu seperti padi,
yg mana sifatnya smakin berisi semakin menunduk,
dan jgn sesekali dirimu menjadi seperti lalang,semakin tinggi,semakin bongkak,angkuh...!"
dari kejauhan: wangian syurga...
14 November 2009
Qasidah Muhammadiah
Qasidah yang menyubur perasaan cinta kepada Rasul Junjungan. Kerap kali dialunkan.
27 October 2009
Cerita Baru..
Nama barunya adalah zanpakutou. Hadiah kiriman kakanda tersayang dari tanah air. Ia adalah model terkini dengan muatan 2 GB. Sekarang menjadi teman setia ke kelas pengajian. Terima kasih, akak ct normaini..ops, cikgu maini.
Tahun 3 Kuliah Usuluddin Syukbah Hadis. Masih tinggal dua tahun untuk memiliki ijazah. Tempoh 10 tahun berbaki lapan. Moga dimudahkan Allah untuk istiqomah menuntut ilmu Allah. Mendapat kefahaman agama dari tangan ulamak amilin juga pewaris para nabi.
Gambar Syeikh Nuruddin Ali Juma'ah sedang menyampaikan cenderahati kepada Syeikh Ahmad al-Hajin ketika majlis pembacaan kutub sittah anjuran PMRAM baru-baru ini. Bertuah kerana diberi peluang oleh Allah untuk talaqqi bersama syeikh mufti pada setiap hari Jumaat, menafsirkan ayat-ayat Kitabullah. Juga jasa yang tak terbalas atas ketekunan Syeikh Ahmad al-Hajin mendidik, menunjuki kami sejak bertatih sehinggalah sekarang.
Inilah pemandangan senja, masjid al-Azhar as-Syarif, tempat rutin pengajian kami. Rumah sewa kami berada berdekatan, terletak berhampiran jalan belakang masjid. Satu-satunya rumah yang dihuni oleh pelajar Malaysia di kawasan Husein. Mengambil masa 5 minit berjalan kaki dari rumah ke bangunan Universiti Al-Azhar.
Alhamdulillah, minggu ini dapat mengisi jadual dengan pengajian baru. Talaqqi bacaan Quran, kitab Minhaj at-Tolibin, dan tadrib ar-Rowi. Kesemuanya tenaga pengajar yang faqih dan masyhur.Wallahu'alam.
23 August 2009
Az-Zikru
تعال نؤمن بربنا ساعة
Solat adalah zikir. Bahkan ia zikir terbaik kerana merupakan gambaran sempurna ketundukan terhadap Allah. Maka tiang asas zikir adalah solat. Tegakkan suruhan Allah adalah zikir.Begitu juga menjauhi larangan-Nya. Al- Quran adalah zikir.Doa adalah zikir. Baik bacaan yang ma’thur ataupun yang masyhur. Khusus pada masa tertentu mahupun tanpa had waktu.Maka segala amalan yang menghidupkan hati adalah zikir.Perbanyakkan zikir. Jadilah ahli zikir. Az-Zakir(isim fa’il) adalah istiqomah jadual hariannya dengan solat, basah bibirnya dengan kitabullah, lazim pagi dan petangnya dengan wirid serta selawat, tidak berlalu masa terluangnya tanpa tasbih, dan taqwa adalah pakaiannya.
Inilah jalanku. Kembara ilmu. Menuju Allah.الذكر والفكر
17 August 2009
Melakar Cinta Ilahi
Ramadhan makin dekat. Dapat offline msg daripada my sis,"Senyap deh..tepon ma!!Ape perkembangan terkini?". Garu kepala selepas bacanya. Sebenarnya ada masalah dengan perkhidmatan voip, jadi tak berpeluang untuk telefon ke rumah(alasan baik nyerr.)
Kelas-kelas pengajian akan ditangguhkan. Rabu adalah hari terakhir bagi kelas Syeikh Ahmad al-Hajin. Tinggallah perancangan untuk pengisian bulan puasa akan datang. Walau bagaimanapun, kelas Ustaz Syauqi Ismail akan terus berjalan seperti biasa.
Bermula awal Sha'ban lagi, terasa amat menguji kesabaran dan ketekunan. Hampir-hampir putus asa disebabkan kepenatan menghadiri jadual kelas yang padat. Mujurlah tiupan pembangkit berkat kasih sayang Allah terus meneguhkan diri atas jalan mujahadah untuk menekuni ilmu. Sedar bahawa perjuangan Islam janganlah disangka mudah bahkan penuh lingkaran duri. Apalah sangat dengan kepenatan yang sementara.
Natijah peperiksaan bagi Kuliah Usuluddin Tahun 2 telah diumumkan. Alhamdulillah sekadar mendapat Jayyid. InsyaAllah target pada peperiksaan akan datang sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan. Perlu tambah kerajinan.
Akhir kata, Selamat Melakar Cinta Ilahi....علينا بالحركة و على الله البركة

27 July 2009
Syurga Buah-buahan
Bumi mesir ini x pernah putus dengan bekalan buah-buahan tempatannya. Setiap musim , baik musim panas atau dingin, pasaran tempatan dimonopoli oleh jenis buah-buahan tertentu. Di sini saya senaraikan jenis buah-buahan yang terdapat di pasar-pasar harian sekitar Kaherah.

1. Anggur
Spesies buah yang Tulip Putih karang puisi cinta tentangnya. Saya tahu makan sahaja, tak pernah terfikir pun nak berpuisi, bukan jiwa seni kata orang. Buah yang dikenali sebagai 'Inab ini boleh didapati pada musim panas sahaja.
Anda boleh dapatkan di pasar dengan harga 4.00 LE sekilo. Petua orang lama, rendam anggur dalam air garam terlebih dahulu bagi mengelakkan batuk akibat debu-debu yang melekat padanya, kemudian silalah menyantapnya.

2. Delima(Rumman)
Saya sedang menunggu kedatangannya. Keluarnya pada hujung musim panas. Bagi sesiapa yang balik bercuti awal tahun ini mungkin tak berkesempatan bertemu dengannya.

3. Strawberi(Faraulah)
Raja buah pada musim dingin yang mengganti tempat anggur. Boleh dapatkan di pasar dengan harga lebih kurang LE 4.oo. Khasiatnya banyak sekali, antaranya;
-Memutihkan Gigi
-Anti Kanker
-Anti Aging
-Mengencangkan Kulit
-Mengatasi Panas Dalam
-Mencegah Leukimia
Ketiga-tiga jenis buah-buahan di atas adalah kesukaan saya. Banyak lagi jenis buah-buahan yang berada di pasaran,tetapi tak kuasa nak menulis semuanya(kalo ade mood ,tambah nt). Ada satu lagi jenis buah yang saya mahu sebut iaitu buah Ilmu.
Buah Ilmu
Buah ini cukup senang untuk didapati di bumi Mesir, hampir sepanjang tahun.. Buah ilmu yang berkualiti tinggi boleh kita dapati di masjid Azhar ataupun di Mudoyyafah(nama tempat,depan Kuliah Azhar). Baru-baru ini saya ada juga menjenguknya di pasar sekitar Hayyu Sabie'. Hasilnya cukup memuaskan hati saya. Biarpun buah ini adalah kesukaan bagi peminatnya, tetapi ia menjadi masalah bagi orang yang jarang memakannya. Antara masalahnya, buah ilmu ini kulitnya keras.
Selain kulitnya yang keras, susah untuk mendapatkan isinya, rasa kulitnya juga cukup pahit. Lebih-lebih lagi, tidak ramai yang dapat membezakan antara kulit buah dengan isi. Hal ini tidak menjadi masalah kepada pencinta buah ini. Menurut mereka, isinya cukup manis. Kulit buah pula cukup senang dikupas. Bagi yang masih baru di Mesir, kekadang terbeli buah yang putik. Rasa isinya cukup masam. Cara mudah untuk elakkan terbeli buah yang masam, bertanyalah orang-orang lama di sini, terutama peminatnya.
Termakan Buah Ilmu masam
Hampir dua tahun di sini, saya pun tidak terkecuali membeli buah ilmu yang masam. Pada awalnya, cara makan pun tidak pandai. Atas tunjuk ajar dan petua beberapa orang lama, barulah sekarang merasai buah ilmu ini. Kata mereka,"Buah masak selepas putik, dipetik bila masak". Saya sampai sekarang kurang mengerti. Mujur berkat pesanan keluarga, dapat juga saya faham. Mereka pesan"Beli banyak-banyak deh buah ilmu ni,,balik bulih wat nego".
Akhir sekali, kalau sesiapa nak merasai buah ilmu, datanglah ke Mesir. Buah-buahan lain juga. Sedap dan murah. Dapatkan di Kaherah, Syurga Buah-buahan.

20 July 2009
Semarakkan Cinta

Rumah baru kami didiami teman-teman baru iaitu pasangan kekasih ikan dan kura-kura. Sengaja kami beli beberapa spesies ikan berlainan secara berpasangan untuk menyerikan rumah kami dengan cinta sebanyak mungkin..hehe.
Pasangan kura-kura mula menyesuaikan diri dengan habitat baru mereka. Si gadis nampaknya masih malu-malu dengan menyorokkan diri di celah-celah batu berbeza dengan sang jejaka yang mula bergerak bebas menjelajah habitat barunya.

KATA orang, terapi terbaik dan mungkin paling mudah dilakukan ialah dengan memelihara ikan hiasan. Biarpun seekor ikan gapi yang dibela dalam balang kecil, ia cukup melegakan minda. Tari si ikan dengan ekor panjang memantulkan warna keemasan pada sisiknya, cukup mendamaikan jiwa. Jika mahu mencari ketenangan, perhatikanlah ikan kecil berenang ke sana-sini , pastinya akan jadikan kita seolah-olah khayal dalam dunia sendiri.
Hobi memelihara ikan hiasan juga bukan saja dapat memberi nilai baik dan memupuk rasa sayang kepada ikan atau hidupan laut, malah mengajar erti tanggungjawab apabila ikan perlu dijaga, ditukar airnya serta diberi makan apabila tiba masanya.
Semoga pasangan-pasangan kekasih ikan dan kura-kura ini dapat memadu cinta mereka dengan penuh bahagia sehingga ke akhir hayat. Jelesnya..huhu.
18 May 2009
Selamat Hari Guru
Sempena memperingati warga pendidik yang telah mencurahkan jasa buat anak bangsa, kesempatan kali ini ana akan menggali kembali kenangan-kenangan lepas bersama guru-guru bermula bangku sekolah sehinggalah kini.Boleh jadi ia menjadi kisah terlalu peribadi pula,,tetapi InsyaAllah ana akan cuba untuk deletekan hal-hal yang berkaitan agar rahsia diri ini kekal terpelihara sebab sebahagian orang menyebut,"Bukanlah lelaki tanpa misterinya".
Ana masuk PASTI ketika umur 6 tahun.Kelas pada waktu itu sekadar bangunan papan,tetapi selesalah juga.Pagi-pagi selalu mak kejut,"Bangun!!. Umpama jam loceng, perkataan itu kekal memecah kesunyian awal pagi sampai sekarang,tetapi ditambah satu lagi perkataan,"Semayang!!". Ma yang seorang inilah cikgu yang pertama dan selama-lamanya. Cerita ketika PASTi,x banyak yang dapat diingat.Paling best,mase rehat untuk makan je. Ustazah hidang teh dalam cawan plastk.Lepas minum, masing-masing budak-budak berhingus ni,angkat cawan plastik tinggi-tinggi untuk tengok angka nombor yang terukir di dasar luar cawan. Kemudian dengarlah seorang menjerit,"Aku dapat nombor satu!!".Masa balik pulak,kekadang terjun dalam anak sungai berdekatan. Boleh pulak diaorang ni mandi-manda dengan telanjang bulat.
Dengan pencapaian nombor 3, mendaftarlah ana masuk kelas Satu Gigih. Atas semangat gigih tersebut, ranking no. 3 tersebut dipertahankan sampailah darjah enam. Ketika Darjah 3, Alhamdulillah dapat khatam Quran.Ustazah yang mula-mula mengajar huruf-huruf Quran ni, kami adik -beradik panggil ngan nama,Che Bidah.Sistem mengaji ketika itu,kami wajib baca juzz 'Amma sampai habis kemudian barulah boleh bawa mushaf besar. Kami talaqqi ngan Che Bidah setiap hari, pagi dan malam kecuali Jumaat. Sambung balik dengan sekolah rendah tadi,sebab ranking no 3 juga, ana boleh jadi pengawas bermula darjah 3 sampailah naik pangkat jadi penolong kanan. "Kutip sampah!!"inilah rutin arahan selaku pengawas.Syok jugak jadi pengawas ni.
Menjelang peperiksaan UPSR, cikgu agihkan borang kepada setiap murid untuk ditulis target masing-masing. Tengok kawan sebelah, 2A,kawan kat belakang pulak,3A, aku...5A jelah!!.Bila keluar result, dapat 4 A 1 B je.Cikgu-cikgu yang telah berjasa kat sekolah ni,,ramai sgt sampai sekarang dah x ingat nama. Tetapi yang boleh disebut, antaranya Ustaz Radzi,selalu menangguhkan ceritanya tentang Nabi-nabi dengan penuh suspen."Ustaz,sambung lagi!!" jeritan yang selalu keluar dari kami, tetapi seringkali dibalasnya,"Datang kelas esok!".
Dengan guna kabel ntah sampai sekarang pun x diketahui,, dan yang pastinya kehendak-Nya,,.kemudian ana melangkah masuk ke alam menengah.Maka bermulalah kehidupan ana di sekolah berasrama,SMKA Falahiah.Teramat banyaklah kenangan kat sini,sekadar highlightkan guru-guru jelah.Antara pendidik yang memberi kesan pada jiwa ini adalah ustaz PK HEM(nama x igt,slalu sbut jwatan kot).Selalu beliau datang menyampaikan kuliah Subuh pada hujung minggu. Ucapan beliau seringkali menjernihkan benak fikiran selain bacaannya yang syahdu cukup menggetarkan jiwa sewaktu mengimamkan solat.Antara lainnya,Ustaz Husin,Ustaz Shukri,Ustaz Awang Rahimahullah dan ramai lagi. Tidak dilupakan juga para Naqib yang ikhlas mendidik.Terima kasih x terhingga buat kalian semua.
Semua Ustaz-ustaz je,,ustazah x de ke? Ade seorang yang boleh disebut.Nama ustazah yang jangok n lawa ni,Ustazah Khalilah. Memang selalu jangok.Kelas kami selalu dapat Johan Kebersihan dan Keceriaan sebab kena tempias jangoknya selaku guru kelas. Ustazah Khalilah mengajar subjek Pendidikan Islam. Selalu diadakan kuiz,pembentangan dan paling kurang pun,bangun n duduk time2 ngantuk. Pagi-pagi tengok dia cium tangan suami mase keluar dari kereta..hehe,pastu berangan!!
Pendek cerita...masukla KISAS..bab ini akan disambung kemudian..sebab nak fikir dulu sebelum tulis pe2.Time kacih atas bacaan k,,salam perjuangan!!

13 April 2009
Kenapa Kahwin Lambat..??
Sedikit cerita santai untuk sahabat-sahabat (khususnya yang tak nikah lagi termasuk saya..hehe)Majlis akad nikah itu baru sahaja selesai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah.
Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?"
Saya lantas bertanya, "Tok dulu kahwin cepat?"
"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..."
Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang. Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak. "Bahagia tok?"
"Tak bahagia apa... anak Tok 12 orang!"
Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.
"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi.
"Tak sabar? Pelik, kalau zaman tok, tu kira terlajak dah tu!"
"Betulkah saya tak sabar, tok? " tanya saya semacam mengusik.
"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat. Kalau betul tak sabar, tok ni lagilah tak sabar...umur 17 tahun dah kahwin, hehe..."
"Setuju tak tok kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?""Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..." tajam Tuk membalas. "Kalau ikut pandangan Tok, apa agak-agaknya persediaan tu?"
"Soal ni tak boleh agak-agak...Mesti tepat."
Terkedu saya dibuatnya. Tok ni bukan sebarang orang.
"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur...Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi yang penting kematangan diri. Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."
Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mula berkahwin dahulu?
"Jangan menung...Tok cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul...nanti tak kahwin pula!" usik tok seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, tok sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.
"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!
"Tentulah dengan ilmu. Dulu tok dan kawan-kawan...umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah ok. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."
"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.
"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan...ikut keadaan zaman tulah. Tok ni tak nasib baik...kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah. Itulah dusun yang tokk kutip hasilnya sampai sekarang ni..."
"Tapi sekarang tok dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji."
"Tak senang. Tapi mudah-mudahan...tenang. Tulah doa tok, biar hidup kita tenang."
"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?" cuit saya, kembali ke tajuk asal.
"Ni agak tok lah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."
Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu tok tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja...""Kalau macam tu macam mana?"
"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu...apa orang kata...... parenting skill."
"Tok pun tahu parenting skill?"
"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku...ah, macam-macam."
"Tapi tok, kalau tak kahwin pun susah juga...Nanti terjebak dengan maksiat," kilas saya.
"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia. Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."
"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?"
"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin.
Begitu juga soal material, soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada..."
"Tok lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.
"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab."
"Antara dua keadaan ni, yang mana patut kita pilih?"
"Perlukah kita buat pilihan? Pada tok, pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!"
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana..
(http://khyrulhycal313.blogspot.com/)
10 April 2009
Erti Perjuangan
"Para Da’ei Muslim tidak akan mencapai kejayaan selama mereka belum bersifat “Rabbaniyyin” Sesungguhnya banyak persoalan penyelewengan, fitnah yang berlaku di dalam kehidupan dan perkembangan dakwah di sana sini. Hal ini adalah pertamanya kerana kecuaian para Da’ei itu sendiri menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Kesibukan mereka di dalam kerja-kerja penyampaian dakwah telah mengurangkan ‘commitment’ mereka sendiri dan penyertaan mereka dengan kandungan dakwah itu sendiri. Selama belum tercapai interaksi antara Du’at dan Hidayah yang dikembangkan oleh mereka selagi itulah mereka tidak akan dapat menjadi penunjuk dan pembimbing orang lain.
Orang yang tidak memiliki sesuatu pasti tidak akan dapat memberikan apa-apa. OIeh sebab itu, hendaklah para Du’at memberi perhatian yang besar kepada proses penggarapan; lebih dari usaha penyampaian. Mereka hendaklah meningkatkan usaha-usaha penjernihan diri sendiri sebagai usaha untuk meningkatkan orang lain. Orang yang mendidik dirinya lebih wajar mendapat penghormatan dari orang yang mendidik manusia lain.
Wahai saudara, dirikanlah negara Al Qur’an di dalam hati sanubari saudara, niscaya Ia
akan terbina pula di tanahair saudara.”
(Fathi Yakan).
"Ana x mau anak-anak murid ana setakat menjadi motivator.Target yang patut kamu letak adalah balik ke Malaysia dengan title Ulamak...."
Kelantangan Ustaz Zulkifli Ismail menyebutnya membakar semangat kami. Seolah-olah lantunan kalimah-kalimah tersebut masih terngiang-ngiang di gegendang telinga.
Sekarang bukanlah nak syarahkan maksud ucapan beliau..tetapi mahu sekadar mengingatkan sahabat-sahabat seangkatan supaya terus tingkatkan daya juang.
Satu lagi ucapan daripada seorang senior seperjuangan yang turut membekasi jiwa kami,"Tidak mengapalah kalau kamu bukannya doktor,engineer, atau lawyer, tetapi memadailah melalui tangan kamu seorang lahirnya 10 orang doktor,engineer,lawyer, yang menjiwai Islam".
Kemudian beliau menyambung,"Sejam masa belajar kamu memanglah sedikit berbanding 2 jam rakan-rakan lain.Tetapi yakinlah ganjaran sejam untuk masa yang hilang kerana perjuangan ini,
akan kamu raih dengan penuh kepuasan".
Akhir sekali, pesanan ana buat adik-adik seperjuangan," Sebagaimana kamu yakin dengan pertolongan Allah mengiringi perjuanganmu(BADAR) suatu ketika dahulu,maka kenalilah perjuanganmu di sini, kemudian yakinlah kamu akan nusroh-Nya.

08 April 2009
06 April 2009
Jom Tengok Titik Hitam

SATU KETIKA DAHULU
Pernah ketika usia saya masih mentah mengenal mehnah kehidupan, saya di dedahkan dengan modul titik hitam.Dalam satu kertas putih, saya dan rakan-rakan diminta membuat satu titik hitam di tengah-tengah kertas A4 tersebut.
” Apa yang kamu semua nampak bila kamu tengok kertas A4 ni?” Tanya fasilitator program kami ketika itu.
Antara jawapan-jawapan yang menerjah keluar dari minda kami:
” Titik hitam kat tengah-tengah kertas! ” Teriak si A.
” Kertas A4 putih dengan titik hitam! ” Kata si B.
” Warna putih di sekeliling titik hitam” Analisa si D pula.
ANTARA REALITI TITIK HITAM

Ramai yang sukakan kontroversi, mencipta isu dan mengembar gemburkan isu. Tengok saja dalam masyarakat kita kini, dari dunia artis hingga ke institusi beraja bahkan juga terpalit golongan ulama. Titik hitam yang saya maksudkan diatas adalah keburukan, kejahatan, kesilapan yang terpalit setitik di atas kertas A4 putih yang bersih disekelilingnya. Yang difokus orang ialah KEHITAMAN TITIK HITAM, bukannya keputihan kertas putih disekelilingnya! Seolah-olahnya bagi seseorang manusia itu, yang mungkin sebelum ini dinodai titik hitam dan sudah ‘membersihkan’ diri, serta menghiasi diri dengan pembersihan putih. Atau yang sememangnya putih, penuh kebaikan namun terpalit sedikit kelemahan atau kesilapan. Agaknya apakah yang suka difokus atau suka di teropong manusia? Ya, rata-ratanya suka meneropong titik hitam itu. Berapa diameternya, berapa kepekatan hitamnya, dimana kedudukannya, dan bermacam-macam lagi yang hanya berkisar tentang TITIK HITAM.
Contoh mudah dalam masyarakat, seorang bekas penagih dadah yang sebelum ini terpalit HITAM dengan dadah. Namun setelah hampir 10 tahun menjauhi najis dadah, bahkan mampu berdikari dan membersih diri hingga menjadi bilal masjid pun, masih diperkata oleh ‘mulut-mulut’ panas tentang ‘hitam’nya sejarah hidupnya dahulu.
Bahkan contoh lain seorang Imam yang menjadi cahaya dalam masyarakat, yang membuat kebajikan boleh di pandang serong andai kata ada salah seorang dari anaknya membuat kejahatan. Ke’hitam’an akhlak anaknya dipalit sama padanya dan diperkatakan, menenggelamkan keputihan akhlak dan nilai tuan imam tersebut. Cukup menyedihkan. Tetapi nampaknya gejala dan penyakit itu turut sama menular didalam gerakan dakwah yang mendokong aspirasi Islam sendiri.
Sikap sebahagian dari pendokong gerakan yang suka membesarkan isu dan menyalakan titik hitam sehingga menengelamkan potensi kertas putih cukup menyedihkan. Asal sahaja dilihat prestasi seseorang cemerlang dalam pelaksanaan dakwah, tarbiah dan siasah, suka sahaja mereka ini di ‘cantas’. Dan modal cantasannya ialah persoalan wala’, authoriti dan sebagainya, yang natijahnya mematikan potensi ahli untuk lebih cemerlang. Rugi dan merugikan. Sedangkan kerja dakwah, tarbiyyah dan siasah ini masih cukup panjang untuk diberhentikan. Bagi saya, ia berbalik kepada bagaimana kita melihat potensi kertas putih secara optimis, dan kebijakan kita dalam menyusun gerakkerja secara efektif tanpa mencantas prestasi hebat ahli bawahannya. Para pemimpin, get it as a point!
OPTIMISTIK PERSIS AL-GHAZALI

Imam Ghazali terlebih dahulu mengajar kita supaya sentiasa bersifat optimis, husnu zhon dan berlapang dada pada manusia di sekeliling kita. Dalam kitabnya Ihya’ ulumuddin , beliau menyebut:
* Ketika kita melihat seseorang yang belum dewasa,kita harus berkata dan mendetik didalam hati : “Anak ini belum pernah berbuat maksiat, sedangkan aku tak terbilang dosa yang telah kulakukan, maka jelas anak ini lebih baik dariku.”
* Ketika kita melihat orang tua, kita harus berkata dan mendetik didalam hati : “Orang ini telah beramal banyak sebelum aku berbuat apa-apa, maka sudah semestinya ia lebih baik dariku.”
* Ketika kita melihat seorang ‘alim, kita harus berkata dan mendetik didalam hati : : “Orang ini telah dianugerahi ilmu yang tiada kumiliki, ia juga berjasa telah mengajarkan ilmunya. Mengapa aku masih juga memandang ia bodoh, bukankah seharusnya aku bertanya atas yang perlu kuketahui?”
* Ketika kita melihat orang bodoh, kita harus berkata dan mendetik didalam hati : “Orang ini berbuat dosa karena kebodohannya, sedangkan aku. Aku melakukannya dengan kesedaran bahawa hal itu maksiat. Betapa besar tanggung jawabku kelak.” (Diadaptasi dari Ihya’Ulumuddin, bab takabbur).
Betapa Al-Ghazali mengajar kita supaya belajar dan berlakulah OPTIMIS pada diri sendiri dan orang lain. Sebab itulah falsafah “Daei la Qudhat’ amat perlu dan penting dihayati oleh golongan pendakwah. Kerja kita bukan menghukum semata-mata tetapi perlu mengajak. Datanglah, hampirlah pada Islam. Seharusnya begitu seolah-olah pembawaan dan ajakan kita. Bukan semata-mata menghukum, menilai secara pesimis lebih lebih lagi golongan yang tersasar dari kehidupan Islam yang hakiki dan realiti. Namun, proses tarbiyyah dan menyebarkan konsep-konsep tarhib (peringatan atas siksaan ALLAH) tetap perlu di serapkan sedikit demi sedikit kedalam jiwa para mad’u yang bervariasi di sekeliling kita.
Lantas, jiwa daie memerlukan sifat optimistik yang tinggi. Tahu dan mahu melihat potensi diri di kalangan mad’u.Sentiasa berjiwa bersih dan tenang menilai kemampuan mad’u adalah keperluan bagi pendakwah. Kesempitan pemikiran dan pelaksanaan dakwah memungkinkan mad’u makin lari dari Islam itu sendiri.
Dalam bidang organisasi Islam pula, pemimpin perlu sentiasa bijak menilai prestasi dan kemampuan ahli bawahan serta para pengikutnya. Fokuslah sesuatu itu dengan bijak dan matang, besarlah pandangan melihat kemampuan kertas putih bukan sekadar menerjah kelemahan dan kegelapan titik hitam!
(dipetik drp tulisan Asyraf Shaari,mantan naqib terawal di SMKA Falahiah)
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)