Pages

Ads 468x60px

23 August 2009

Az-Zikru

 تعال نؤمن بربنا ساعة
Solat adalah zikir. Bahkan ia zikir terbaik kerana merupakan gambaran sempurna ketundukan terhadap Allah. Maka tiang asas zikir adalah solat. Tegakkan suruhan Allah adalah zikir.Begitu juga menjauhi larangan-Nya. Al- Quran adalah zikir.Doa adalah zikir. Baik bacaan yang ma’thur ataupun yang masyhur. Khusus pada masa tertentu mahupun tanpa had waktu.Maka segala amalan yang menghidupkan hati adalah zikir.

Perbanyakkan zikir. Jadilah ahli zikir. Az-Zakir(isim fa’il) adalah istiqomah jadual hariannya dengan solat, basah bibirnya dengan kitabullah, lazim pagi dan petangnya dengan wirid serta selawat, tidak berlalu masa terluangnya tanpa tasbih, dan taqwa adalah pakaiannya.

Inilah jalanku. Kembara ilmu. Menuju Allah.الذكر والفكر

17 August 2009

Melakar Cinta Ilahi

Ramadhan makin dekat. Dapat offline msg daripada my sis,"Senyap deh..tepon ma!!Ape perkembangan terkini?". Garu kepala selepas bacanya. Sebenarnya ada masalah dengan perkhidmatan voip, jadi tak berpeluang untuk telefon ke rumah(alasan baik nyerr.)

Kelas-kelas pengajian akan ditangguhkan. Rabu adalah hari terakhir bagi kelas Syeikh Ahmad al-Hajin. Tinggallah perancangan untuk pengisian bulan puasa akan datang. Walau bagaimanapun, kelas Ustaz Syauqi Ismail akan terus berjalan seperti biasa.

Bermula awal Sha'ban lagi, terasa amat menguji kesabaran dan ketekunan. Hampir-hampir putus asa disebabkan kepenatan menghadiri jadual kelas yang padat. Mujurlah tiupan pembangkit berkat kasih sayang Allah terus meneguhkan diri atas jalan mujahadah untuk menekuni ilmu. Sedar bahawa perjuangan Islam janganlah disangka mudah bahkan penuh lingkaran duri. Apalah sangat dengan kepenatan yang sementara.

Natijah peperiksaan bagi Kuliah Usuluddin Tahun 2 telah diumumkan. Alhamdulillah sekadar mendapat Jayyid. InsyaAllah target pada peperiksaan akan datang sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan. Perlu tambah kerajinan.

Akhir kata, Selamat Melakar Cinta Ilahi....علينا بالحركة و على الله البركة