Pages

Ads 468x60px

24 October 2008

Sedingin sentuhannya..

Seusai kelas pengajian kitab Al-Iqna', dari Masjid Sultan Hasan kami terus melangkah keluar membelah kesesakan orang ramai menuju ke tempat tinggal. Hujan yang turun menimpa memaksa kami mempercepatkan langkah. Mujurlah hujan yang turun sekadar rintik-rintik bahasa yang mungkin sekadar untuk memberi isyarat yang menandakan sudah tamatlah musim panas dan bermulanya musim dingin. Moga-moga kedinginan cuaca pada hari-hari yang akan mendatang tidak sama sekali menggugah baraan semangat yang ada.Group mengaji kami..kisasians
Menyentuh persoalan tentang mimpi, saya teringat kembali kata-kata Ustaz semasa berkisah tentang mimpi-mimpi beliau suatu ketika dulu. Mengikut kefahaman saya dari penjelasan beliau, mimpi atau dalam bahasa arab disebut "rukyah" bertitik tolak sama ada dari bisikan hawa nafsu, syaitan ataupun dari bisikan malaikat yang dianggap sebagai rukyah solihah. Bagi orang-orang yang sedang berjalan menuju Allah atau sedang dalam proses bermujahadah membersihkan hatinya antara isyarat yang menandakan hatinya terkesan dengan proses tersebut adalah melalui mimpi yang solih.

Memanglah jauh kalau nak dibandingkan diri ini dengan para ulamak solihin yang kerapkali didatangi mimpi-mimpi baik seperti berjumpa dengan Nabi SAW dan sebagainya. Berkenaan dua mimpi saya yang lepas, salah satu mimpi tersebut menayangkan pertemuan saya bersama salah seorang ustaz yang berada di Malaysia. Lagak ustaz yang memarahi saya dengan ucapan yang difahami agak merimaskan saya sebaik sahaja sedar dari mimpi tersebut. Setelah berfikir sejenak, saya merasakan mimpi tersebut seakan-akan nasihat atau teguran kepada saya. Kebetulan pada hari tersebut saya telah menerima tugasan dari salah satu persatuan yang berada di Mesir ini. Saya kira tugasan yang pertama sepanjang bermukim di sini.

Mimpi yang kedua, biarlah jadi rahsia untuk diri ini. Kalau diikutkan hadis- hadis yang menyentuh mengenai mimpi, mimpi yang dianggap mainan syaitan, dilarang untuk diceritakan.
Tetapi saya tidak pasti adakah mimpi kedua ini bermaksud atau sekadar mainan syaitan.

Sebagai akhirnya, bagi mengelakkan salah faham tentang persoalan mimpi, perlulah ditegaskan di sini bahawa mimpi sama sekali tidak boleh dipakai sebagai hujah selain mimpi Nabi SAW. Kualiti seseorang adalah pada ilmunya. Sekian sahaja, terima kasih kerana sudi membaca sampai habis.

16 October 2008

Berjuanglah Wahai Ansorullah..

Perjuangan menuntut ilmu di bumi anbiyak ini semakin terasa bahangnya biarpun musim panas sedang melambai-lambai pergi, meninggalkan seribu satu kenangan yang berharga. Semoga Allah membimbing diri ini agar sentiasa berada dibawah pimpinan-Nya dalam menempuh cabaran yang akan mendatang. Juga tidak dilupakan agar diri ini turut sama ditempatkan dalam sof perjuangan menegakkan kalimah-Nya.


video



04 October 2008

Alhamdulillah,atas kurniaan..

Biarpun kelapangan, tetapi time skrang nie, masih x de mood ntuk menulis sesuatu yang bernilai ilmiah. Lagi pun, program wajib yang rutin belum pun berjalan semula..cuti raya x habis lagi kot..'ala kulli hal, kita tengokla gambar2 ni, moga kita sentiasa bersyukur atas nikmat Allah yang x terhitung lagi x pernah putus kepada kita semua.

1962. A soldier shot by a sniper hangs onto a priest in his last moments.

1963. Thich Quang Duc, the Buddhist priest in Southern Vietnam , burns himself to death protesting the government's torture policy against priests. Thich Quang Dug never made a sound, or moved, while he was burning.

1965. A mom and her children try to cross the river in South Vietnam in an attempt to run away from the American bombs.

1966. U.S. troops in South Vietnam drag a dead Vietkong soldier.

February 1, 1968. South Vietnam police chief Nguyen Ngoc Loan shoots a young man, whom he suspected to be a Viet Kong soldier.

1980. A kid in Uganda about to die of hunger, and a missionary.

1975. A woman and a girl fall, after the fire escape collapses.

1996. Kids who are shocked by the civil war in Angola

An Afghani refugee kid's body is being prepared for the funeral in Pakistan

1982. Palestinian refugees murdered in Beirut , Lebanon .

1987. A mother in South Korea apologizes and asks for forgiveness for his son who was arrested after attending a protest. He was protesting the alleged manipulations in the general elections.

03 October 2008

Selamat Jalan..

Kumpulan besar pelajar-pelajar baru perubatan tajaan MARA yang telah menginap di ARMA dalam tempoh lebih kurang seminggu yang lepas akhirnya berangkat menuju ke Alexandaria dan Mansurah pada hari ini. Saya sempat merakam suasana kesibukan ketika kerja-kerja pemunggahan bagasi-bagasi ke dalam kenderaan disamping turut sama menghulurkan bantuan.

member ki kat mansurah,

Bersama adik2 ki tajaan mara

Bersama ajk sambutan, member yang menumpang my room

Sibuk duk punggah bagasi

Diaorang tengah tunggu bas sampai

Tulonla skit,,asyik duk tengok jer..

Bas dah pun sampai..

Eh..YDP KPKM pun turut hadir mengucapkan slamat jalan..


01 October 2008

Tasawwur sifat-sifat asas Islam

Artikel ini adalah sebahagian daripada hasil ringkasan daripada kitab kuliah yang berbahasa arab yang saya terjemahkan bagi memenuhi permintaan seorang hamba Allah yang meminta saya menulis berkenaan sifat-sifat Islam. Memandangkan saya mengalami demam beberapa hari kebelakangan ini dan ditambah lagi dengan sedikit kesibukan, maka artikel ini belum dapat disiapkan sepenuhnya. Mohon maaf dipinta kepada orang yang berkenaan. Saya mencadangkan anda membaca buku-buku sesuai yang berada di pasaran memandangkan saya tidak memiliki koleksi buku yang berbahasa Melayu melainkan beberapa buah buku sahaja. Bahagian kedua artikel ini Insya Allah akan disiapkan dalam kesempatan yang ada nanti.Sekian.

Bahagian Pertama: Sifat-sifat Islam

Sebagaimana yang telah dimaklumi bahawa ajaran Islam mempunyai sifat-sifat unik yang membezakannya daripada segala bentuk ajaran atau fahaman ciptaan manusia baik yang tumbuh dari Timur atau Barat. Secara umumnya Islam dilengkapi dengan sifat-sifat berikut:

1. Rabbaniah
2. Syumuliah
3. Waqi'iyah
4. Agama Sejagat
5. Islam sebagai penyelesaian terbaik.

1.1 Rabbaniah

Islam dikatakan bersifat ketuhanan kerana ajarannya bersumberkan Al-Quran yang diwahyukan Allah kepada Nabi-Nya yang kandungannya pastinya sunyi daripada sebarang kebatilan dan pemesongan. Sifat kesempurnaan Pencipta juga pastinya tergambar dalam segala ciptaan-Nya. Manakala Sunnah Nabawiah pula berperanan dalam mentafsir dan menjelaskan lagi isi kandungan Al-Quran. Firman Allah SWT dalam Surah An-Najm, ayat 3-5 yang bermaksud:

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.

Wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) Yang amat kuat gagah.

Berbeza pula dengan ajaran atau fahaman ciptaan manusia yang bersumberkan akal pemikiran yang terbatas, pastinya segala bentuk ajaran tersebut terdedah dengan kecacatan serta kekurangan sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang cenderung pada keterbatasan pemikiran,hawa nafsu,dan taksub pada sesuatu perkara. Selain itu, ajaran-ajaran ciptaan tersebut berubah-ubah mengikut peredaran zaman, tempat serta nilai-nilai masyarakat setempat.

1.2 Matlamat Rabbaniah

Islam yang bersifat Rabbaniah memandu manusia daripada kecelaruan hala tuju hidup di dunia ke arah kesatuan matlamat iaitu membentuk insan yang meletakkan segala ketaatan serta ketundukan pada perintah-perintah Allah bagi mendapatkan keredhaan-Nya. Sebagai contohnya, Islam meletakkan tanggung jawab pada ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam yang selengkapnya. Begitu juga dari aspek kemasyarakatan, pemerintah bertanggung jawab pada Allah untuk melaksanakan amar makruf serta mencegah kemungkaran di kalangan rakyat bawahannya. Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat 101:

Dan Bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan Dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka Sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan Yang betul (lurus).

2.1 Syumul

Islam adalah Deen yang merangkumi segala bentuk bidang kehidupan manusia. Tiada satu sudut pun dalam kehidupan melainkan Islam telah meletakkan pendiriannya dalam hal tersebut baik melalui dalil-dalil yang sorih atau berdasarkan istinbat hukum secara ijtihad.Firman Allah SWT dalam Surah Al-An'am ayat 37:

Dan tidak seekor pun binatang Yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung Yang terbang Dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di Dalam Kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

Hal ini berlainan sekali dengan ajaran-ajaran ciptaan manusia yang kadangkala menitik-beratkan pada sesetengah sudut kehidupan sedangkan dalam masa yang sama mengabaikan aspek-aspek yang lain. Faktor inilah yang menyebabkan ajaran-ajaran tersebut tidak dapat memenuhi kehendak fitrah manusia bahkan sama sekali gagal menjadi penyelesaian terhadap permasalahan yang berlaku.

2.2 Contoh kesyumulan.

Bagi menggambarkan kesyumulan ajaran Islam, mungkin dapat ditelitikan seperti berikut:

1. Hukum-hukum akidah seperti persoalan beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
2. Hukum-hukum akhlak seperti kewajiban bersifat dengan amanah, larangan menipu dan sebagainya.
3. Hukum-hukum yang menyelaraskan hubungan muslim dengan Pencipta seperti solat dan puasa.
4. Undang-undang yang menyusun hubungan antara individu-individu muslim seperti undang-undang kekeluargaan yang terdiri daripada perkahwinan, perceraian, perbelanjaan nafkah.
5. Undang-undang jual beli, pajak gadai, insurans, sewaan dan sebagainya.
6. Undang-undang kehakiman, pendakwaan, persaksian, sumpah, dan yang berkaitan,
7. Undang-undang yang menyelaraskan hubungan Negara Islam dengan negara-negara lain di peringkat antarabangsa.
8. Undang-undang berkaitan pemerintahan, pembentukan kerajaan, pemilihan kerajaan, perlembagaan dan yang berkaitan.
9. Undang-undang pemilikan harta dan yang berkaitan dengannya,
10. Undang-undang jenayah dan perkara yang berkaitan.

3.1 Waqi'iyah

Antara sifat keistimewaan Islam adalah ajarannya yang menepati realiti kehidupan selain berjaya menyeimbangkan antara tuntutan kebendaan dan kerohanian dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana tiada satu pun dalam ajarannya yang membatasi had kemampuan manusia baik dari sudut akidah atau ibadah. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 286:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya.

Al-Quran menafikan segala kepayahan dalam syariat Islam sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:

Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

Selain itu, syariat Islam juga memberikan kemudahan dalam sesetengah ibadah disebabkan keadaan tertentu yang menyulitkan. Sebagai contohnya, muslim diberi kemudahan untuk bertayammum apabila wujud kesulitan tertentu bagi menggantikan penggunaan air.

4.1 Agama Sejagat

Masyarakat manusia yang berbilang bangsa dan berlainan warna kulit mempunyai taraf yang sama di sisi ajaran Islam. Seruan Islam adalah bersifat sejagat yang membatasi sempadan negara, zaman, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-A'raaf ayat 158:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya.

5.1 Islam sebagai penyelesaian terbaik

Antara ciri yang membezakan Islam dengan agama atau ideologi selainnya adalah ajarannya yang berjaya menjaga kemaslahatan individu serta masyarakat dalam setiap sudut kehidupan.Hal ini menjadikan Islam kekal relevan sepanjang zaman dalam menyusun atur kehidupam manusia sejagat supaya terus berkesinambungan dalam keadaan sejahtera dan aman. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 28 yang bermaksud:

Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab Yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa Yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".