Pages

Ads 468x60px

12 April 2010

bagaimanakah cinta bermula dan bagaimanakah cinta berakhir

dengan sepatah kata ‘sayang’
maka cinta pun bermula

pernahkah kau bertanya
bagaimana cintamu bermula
dan telah membawamu jauh
terpukau ke belantara asyik

ke manakah engkau berjalan
mencari jejak cintamu
yang hilang di dalam kabut
yang hilang di dalam awan

mujurlah kau cepat sedar
dari kekhilafan lalu mencari tapak
dan jejak jalan pulang ke rumah
dirimu yang berbuka jendela dan pintu

dengan sepatah kata ‘benci’
maka cinta pun berakhir

Rumah Pena
4 April 2010 

~ Rahimidin Zahari

2 comments:

  1. cintaku tak bermula dengan 'sayang'
    tak juga dengan nafsu...
    tapi...
    ianya hadir tulus dari hati.
    pemberian illahi

    aku sering tertanya2
    bagaimana cinta ini bermula
    aku kelu
    tiada jawapan
    tapi...
    ada satu jawapan yg aku akan terus semat di dalam hati nuraniku iaitu
    kuasa Allah

    aku pernah berjln mncri cinta
    namun tak ku jumpa
    kerana cinta itu berlandaskan nafsu
    berajakan syaitan
    yang telah membawa aku
    ke lembah hina

    aku terjga dri lenaku yg pnjg
    memperbetulkan kekhilafanku
    yg selama ini bertuhankan dunia
    bersyariatkan jahiliah
    dan...
    bertunjangkan kehinaan

    aku bersyukur
    dia masih lagi menunjukkan jalan pulang bagiku
    jalan pulang yg abadi
    jalan pulang yg hakiki
    dan..
    jalan pulang yg selama ini aku tercari2

    selama ini aku terkejar2 duniawi
    namun..
    dia telah menunjukkn jalan pulang untukku
    dengan secebis kekuasaanNya
    lantas...
    aKu ungkap perkataan benci
    bukan benci pda duniawi
    tp benci pada diri sendiri yg terlalu mengejar cinta
    cinta berlndaskan nfsu

    begitulah cintku pergi
    hadir tnpa diminta
    datang tnpa dicari
    pergi tnpa kuizini
    tapi...
    ku berdoa kepada ALLAH
    agar cinta ini tulus dari hati yg suci
    demi menuju syariat illahi.

    ReplyDelete
  2. i like this poem...

    ReplyDelete