"Keretapi terpaksa bergaduh dengan kereta"kata salah seorang di kalangan kami sewaktu berada dalam keretapi dari Hayyu Tsamin menuju ke Hayyu Sabie' semalam. Pengalaman pertama kali menggunakan perkhidmatan keretapi di tengah kesibukan kota Kaherah ini, menyebabkan hati kami tergeletek kelucuan. Sedikitpun tidak terlintas di hati kami untuk memilih perkhidmatan ini sebagai pengangkutan memandangkan kadar kelajuannya yang paling rendah di dunia, tetapi berkebetulan kami menghadapi masalah untuk mendapatkan teksi maka terpaksalah kami menaikinya.
Sebenarnya kami dalam perjalanan pulang menghadiri Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia anjuran PMRAM yang bertempat di Dewan Kristal, Sally Mall, Hayyu Tsamin. Persidangan tersebut menyediakan slot-slot pembentangan kertas kerja yang turut disampaikan oleh wakil persatuan-persatuan yang didatangkankan khas dari Jordan,Yaman, United Kingdom, Morocco selain wakil dari PMRAM sendiri. Pembentang yang mewakili Jordan iaitu Saudara Dzulqarnain adalah sahabat saya sendiri sewaktu di KISAS. Penampilan beliau di pentas cukup membanggakan kami semua dan dan pada pendapat saya beliau berjaya menutup ucapannya dengan baik sekali.
Sewaktu melangkah keluar dari dewan, saya sempat mendapatkan majalah WARTA di sudut belakang dewan. Pandangan saya terpaku pada barisan editorial majalah tersebut. Tertera nama saya sebagai salah seorang daripadanya. Teringat kembali perbualan bersama Ustaz Azmeer semasa bertembung di tangga ketika waktu rehat. Beliau meminta untuk membuat sedikit liputan berita berkenaan persidangan yang diadakan. Saya kebuntuan idea untuk menulis disebabkan saya tidak hadir dalam persidangan yang berlangsung pada hari ini. Sekian sahaja untuk entri kali ini.

0 comments:
Post a Comment