Sentuhan Hati

كي لا نمضي بعيدا عن احتياجات العصر

Tuesday, October 27, 2009

Cerita Baru..

Posted by Mohd Fadeer Pauzi |



Nama barunya adalah zanpakutou. Hadiah kiriman kakanda tersayang dari tanah air. Ia adalah model terkini dengan muatan 2 GB. Sekarang menjadi teman setia ke kelas pengajian. Terima kasih, akak ct normaini..ops, cikgu maini.

Tahun 3 Kuliah Usuluddin Syukbah Hadis. Masih tinggal dua tahun untuk memiliki ijazah. Tempoh 10 tahun berbaki lapan. Moga dimudahkan Allah untuk istiqomah menuntut ilmu Allah. Mendapat kefahaman agama dari tangan ulamak amilin juga pewaris para nabi.



Gambar Syeikh Nuruddin Ali Juma'ah sedang menyampaikan cenderahati kepada Syeikh Ahmad al-Hajin ketika majlis pembacaan kutub sittah anjuran PMRAM baru-baru ini. Bertuah kerana diberi peluang oleh Allah untuk talaqqi bersama syeikh mufti pada setiap hari Jumaat, menafsirkan ayat-ayat Kitabullah. Juga jasa yang tak terbalas atas ketekunan Syeikh Ahmad al-Hajin mendidik, menunjuki kami sejak bertatih sehinggalah sekarang. 



Inilah pemandangan senja, masjid al-Azhar as-Syarif, tempat rutin pengajian kami. Rumah sewa kami berada berdekatan, terletak berhampiran jalan belakang masjid. Satu-satunya rumah yang dihuni oleh pelajar Malaysia di kawasan Husein. Mengambil masa 5 minit berjalan kaki dari rumah ke bangunan Universiti Al-Azhar.

Alhamdulillah, minggu ini dapat mengisi jadual dengan pengajian baru. Talaqqi bacaan Quran, kitab Minhaj at-Tolibin, dan tadrib ar-Rowi. Kesemuanya tenaga pengajar yang faqih dan masyhur.Wallahu'alam.

Sunday, August 23, 2009

Az-Zikru

Posted by Mohd Fadeer Pauzi |

 تعال نؤمن بربنا ساعة
Solat adalah zikir. Bahkan ia zikir terbaik kerana merupakan gambaran sempurna ketundukan terhadap Allah. Maka tiang asas zikir adalah solat. Tegakkan suruhan Allah adalah zikir.Begitu juga menjauhi larangan-Nya. Al- Quran adalah zikir.Doa adalah zikir. Baik bacaan yang ma’thur ataupun yang masyhur. Khusus pada masa tertentu mahupun tanpa had waktu.Maka segala amalan yang menghidupkan hati adalah zikir.

Perbanyakkan zikir. Jadilah ahli zikir. Az-Zakir(isim fa’il) adalah istiqomah jadual hariannya dengan solat, basah bibirnya dengan kitabullah, lazim pagi dan petangnya dengan wirid serta selawat, tidak berlalu masa terluangnya tanpa tasbih, dan taqwa adalah pakaiannya.

Inilah jalanku. Kembara ilmu. Menuju Allah.الذكر والفكر

Monday, August 17, 2009

Melakar Cinta Ilahi

Posted by Mohd Fadeer Pauzi |

Ramadhan makin dekat. Dapat offline msg daripada my sis,"Senyap deh..tepon ma!!Ape perkembangan terkini?". Garu kepala selepas bacanya. Sebenarnya ada masalah dengan perkhidmatan voip, jadi tak berpeluang untuk telefon ke rumah(alasan baik nyerr.)

Kelas-kelas pengajian akan ditangguhkan. Rabu adalah hari terakhir bagi kelas Syeikh Ahmad al-Hajin. Tinggallah perancangan untuk pengisian bulan puasa akan datang. Walau bagaimanapun, kelas Ustaz Syauqi Ismail akan terus berjalan seperti biasa.

Bermula awal Sha'ban lagi, terasa amat menguji kesabaran dan ketekunan. Hampir-hampir putus asa disebabkan kepenatan menghadiri jadual kelas yang padat. Mujurlah tiupan pembangkit berkat kasih sayang Allah terus meneguhkan diri atas jalan mujahadah untuk menekuni ilmu. Sedar bahawa perjuangan Islam janganlah disangka mudah bahkan penuh lingkaran duri. Apalah sangat dengan kepenatan yang sementara.

Natijah peperiksaan bagi Kuliah Usuluddin Tahun 2 telah diumumkan. Alhamdulillah sekadar mendapat Jayyid. InsyaAllah target pada peperiksaan akan datang sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan. Perlu tambah kerajinan.

Akhir kata, Selamat Melakar Cinta Ilahi....علينا بالحركة و على الله البركة

Monday, July 27, 2009

Syurga Buah-buahan

Posted by Mohd Fadeer Pauzi |

Bumi mesir ini x pernah putus dengan bekalan buah-buahan tempatannya. Setiap musim , baik musim panas atau dingin, pasaran tempatan dimonopoli oleh jenis buah-buahan tertentu. Di sini saya senaraikan jenis buah-buahan yang terdapat di pasar-pasar harian sekitar Kaherah.


1. Anggur
Spesies buah yang Tulip Putih karang puisi cinta tentangnya. Saya tahu makan sahaja, tak pernah terfikir pun nak berpuisi, bukan jiwa seni kata orang. Buah yang dikenali sebagai 'Inab ini boleh didapati pada musim panas sahaja.
Anda boleh dapatkan di pasar dengan harga 4.00 LE sekilo. Petua orang lama, rendam anggur dalam air garam terlebih dahulu bagi mengelakkan batuk akibat debu-debu yang melekat padanya, kemudian silalah menyantapnya.


2. Delima(Rumman)
Saya sedang menunggu kedatangannya. Keluarnya pada hujung musim panas. Bagi sesiapa yang balik bercuti awal tahun ini mungkin tak berkesempatan bertemu dengannya.


3. Strawberi(Faraulah)
Raja buah pada musim dingin yang mengganti tempat anggur. Boleh dapatkan di pasar dengan harga lebih kurang LE 4.oo. Khasiatnya banyak sekali, antaranya;
-Memutihkan Gigi
-Anti Kanker
-Anti Aging
-Mengencangkan Kulit
-Mengatasi Panas Dalam
-Mencegah Leukimia

Ketiga-tiga jenis buah-buahan di atas adalah kesukaan saya. Banyak lagi jenis buah-buahan yang berada di pasaran,tetapi tak kuasa nak menulis semuanya(kalo ade mood ,tambah nt). Ada satu lagi jenis buah yang saya mahu sebut iaitu buah Ilmu.

Buah Ilmu
Buah ini cukup senang untuk didapati di bumi Mesir, hampir sepanjang tahun.. Buah ilmu yang berkualiti tinggi boleh kita dapati di masjid Azhar ataupun di Mudoyyafah(nama tempat,depan Kuliah Azhar). Baru-baru ini saya ada juga menjenguknya di pasar sekitar Hayyu Sabie'. Hasilnya cukup memuaskan hati saya. Biarpun buah ini adalah kesukaan bagi peminatnya, tetapi ia menjadi masalah bagi orang yang jarang memakannya. Antara masalahnya, buah ilmu ini kulitnya keras.

Selain kulitnya yang keras, susah untuk mendapatkan isinya, rasa kulitnya juga cukup pahit. Lebih-lebih lagi, tidak ramai yang dapat membezakan antara kulit buah dengan isi. Hal ini tidak menjadi masalah kepada pencinta buah ini. Menurut mereka, isinya cukup manis. Kulit buah pula cukup senang dikupas. Bagi yang masih baru di Mesir, kekadang terbeli buah yang putik. Rasa isinya cukup masam. Cara mudah untuk elakkan terbeli buah yang masam, bertanyalah orang-orang lama di sini, terutama peminatnya.

Termakan Buah Ilmu masam
Hampir dua tahun di sini, saya pun tidak terkecuali membeli buah ilmu yang masam. Pada awalnya, cara makan pun tidak pandai. Atas tunjuk ajar dan petua beberapa orang lama, barulah sekarang merasai buah ilmu ini. Kata mereka,"Buah masak selepas putik, dipetik bila masak". Saya sampai sekarang kurang mengerti. Mujur berkat pesanan keluarga, dapat juga saya faham. Mereka pesan"Beli banyak-banyak deh buah ilmu ni,,balik bulih wat nego".

Akhir sekali, kalau sesiapa nak merasai buah ilmu, datanglah ke Mesir. Buah-buahan lain juga. Sedap dan murah. Dapatkan di Kaherah, Syurga Buah-buahan.

Monday, July 20, 2009

Semarakkan Cinta

Posted by Mohd Fadeer Pauzi |


Rumah baru kami didiami teman-teman baru iaitu pasangan kekasih ikan dan kura-kura. Sengaja kami beli beberapa spesies ikan berlainan secara berpasangan untuk menyerikan rumah kami dengan cinta sebanyak mungkin..hehe.

Pasangan kura-kura mula menyesuaikan diri dengan habitat baru mereka. Si gadis nampaknya masih malu-malu dengan menyorokkan diri di celah-celah batu berbeza dengan sang jejaka yang mula bergerak bebas menjelajah habitat barunya.


KATA orang, terapi terbaik dan mungkin paling mudah dilakukan ialah dengan memelihara ikan hiasan. Biarpun seekor ikan gapi yang dibela dalam balang kecil, ia cukup melegakan minda. Tari si ikan dengan ekor panjang memantulkan warna keemasan pada sisiknya, cukup mendamaikan jiwa. Jika mahu mencari ketenangan, perhatikanlah ikan kecil berenang ke sana-sini , pastinya akan jadikan kita seolah-olah khayal dalam dunia sendiri.

Hobi memelihara ikan hiasan juga bukan saja dapat memberi nilai baik dan memupuk rasa sayang kepada ikan atau hidupan laut, malah mengajar erti tanggungjawab apabila ikan perlu dijaga, ditukar airnya serta diberi makan apabila tiba masanya.


Semoga pasangan-pasangan kekasih ikan dan kura-kura ini dapat memadu cinta mereka dengan penuh bahagia sehingga ke akhir hayat. Jelesnya..huhu.

Subscribe