Ketahuilah bahawa Islam adalah seruan rahmat, mahabbah dan kecintaan. Inilah makna yang nyata dari Kalamullah, Sunnah dan juga syariat Islam. Dialah Allah yang menamakan diri dengan Ar-Rahman dan Ar-Rohim dan Saidina Muhammad SAW bagindalah insan yang paling menyayangi, berbelas kasihan dan nabi rahmat kepada alam seluruhnya.
Ingatlah wahai Daie sekalian, setiap perhubunganmu dengan makhluk hendaklah disertakan pandangan belas dan rahmat. Sebagaimana Allah tidak jemu mengampunkan dan mengasihimu, begitulah juga akhlakmu terhadap makhluk-Nya. Inilah akhlak yang akan menyampaikan kamu pada kecintaan Allah. Kemudian makna kasih sayang ini harus dipasak dan disuburkan saban hari dalam jiwa generasi ummat seluruhnya samada ijabah atau ummatun dakwah. Akhirnya, jalan menyingkap makna rahmat ini adalah dengan berdampingan dengan ulamak kerana mereka pewaris akhlak Nabi SAW.
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
Salam satu fikrah satu amal.
Azzikru wal fikru.
Fadeer Pauzi,
Jamie' Al-Azhar,Kaherah.
0 comments:
Post a Comment