27 October 2009
Cerita Baru..
Nama barunya adalah zanpakutou. Hadiah kiriman kakanda tersayang dari tanah air. Ia adalah model terkini dengan muatan 2 GB. Sekarang menjadi teman setia ke kelas pengajian. Terima kasih, akak ct normaini..ops, cikgu maini.
Tahun 3 Kuliah Usuluddin Syukbah Hadis. Masih tinggal dua tahun untuk memiliki ijazah. Tempoh 10 tahun berbaki lapan. Moga dimudahkan Allah untuk istiqomah menuntut ilmu Allah. Mendapat kefahaman agama dari tangan ulamak amilin juga pewaris para nabi.
Gambar Syeikh Nuruddin Ali Juma'ah sedang menyampaikan cenderahati kepada Syeikh Ahmad al-Hajin ketika majlis pembacaan kutub sittah anjuran PMRAM baru-baru ini. Bertuah kerana diberi peluang oleh Allah untuk talaqqi bersama syeikh mufti pada setiap hari Jumaat, menafsirkan ayat-ayat Kitabullah. Juga jasa yang tak terbalas atas ketekunan Syeikh Ahmad al-Hajin mendidik, menunjuki kami sejak bertatih sehinggalah sekarang.
Inilah pemandangan senja, masjid al-Azhar as-Syarif, tempat rutin pengajian kami. Rumah sewa kami berada berdekatan, terletak berhampiran jalan belakang masjid. Satu-satunya rumah yang dihuni oleh pelajar Malaysia di kawasan Husein. Mengambil masa 5 minit berjalan kaki dari rumah ke bangunan Universiti Al-Azhar.
Alhamdulillah, minggu ini dapat mengisi jadual dengan pengajian baru. Talaqqi bacaan Quran, kitab Minhaj at-Tolibin, dan tadrib ar-Rowi. Kesemuanya tenaga pengajar yang faqih dan masyhur.Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment