Bumi mesir ini x pernah putus dengan bekalan buah-buahan tempatannya. Setiap musim , baik musim panas atau dingin, pasaran tempatan dimonopoli oleh jenis buah-buahan tertentu. Di sini saya senaraikan jenis buah-buahan yang terdapat di pasar-pasar harian sekitar Kaherah.

1. Anggur
Spesies buah yang Tulip Putih karang puisi cinta tentangnya. Saya tahu makan sahaja, tak pernah terfikir pun nak berpuisi, bukan jiwa seni kata orang. Buah yang dikenali sebagai 'Inab ini boleh didapati pada musim panas sahaja.
Anda boleh dapatkan di pasar dengan harga 4.00 LE sekilo. Petua orang lama, rendam anggur dalam air garam terlebih dahulu bagi mengelakkan batuk akibat debu-debu yang melekat padanya, kemudian silalah menyantapnya.

2. Delima(Rumman)
Saya sedang menunggu kedatangannya. Keluarnya pada hujung musim panas. Bagi sesiapa yang balik bercuti awal tahun ini mungkin tak berkesempatan bertemu dengannya.

3. Strawberi(Faraulah)
Raja buah pada musim dingin yang mengganti tempat anggur. Boleh dapatkan di pasar dengan harga lebih kurang LE 4.oo. Khasiatnya banyak sekali, antaranya;
-Memutihkan Gigi
-Anti Kanker
-Anti Aging
-Mengencangkan Kulit
-Mengatasi Panas Dalam
-Mencegah Leukimia
Ketiga-tiga jenis buah-buahan di atas adalah kesukaan saya. Banyak lagi jenis buah-buahan yang berada di pasaran,tetapi tak kuasa nak menulis semuanya(kalo ade mood ,tambah nt). Ada satu lagi jenis buah yang saya mahu sebut iaitu buah Ilmu.
Buah Ilmu
Buah ini cukup senang untuk didapati di bumi Mesir, hampir sepanjang tahun.. Buah ilmu yang berkualiti tinggi boleh kita dapati di masjid Azhar ataupun di Mudoyyafah(nama tempat,depan Kuliah Azhar). Baru-baru ini saya ada juga menjenguknya di pasar sekitar Hayyu Sabie'. Hasilnya cukup memuaskan hati saya. Biarpun buah ini adalah kesukaan bagi peminatnya, tetapi ia menjadi masalah bagi orang yang jarang memakannya. Antara masalahnya, buah ilmu ini kulitnya keras.
Selain kulitnya yang keras, susah untuk mendapatkan isinya, rasa kulitnya juga cukup pahit. Lebih-lebih lagi, tidak ramai yang dapat membezakan antara kulit buah dengan isi. Hal ini tidak menjadi masalah kepada pencinta buah ini. Menurut mereka, isinya cukup manis. Kulit buah pula cukup senang dikupas. Bagi yang masih baru di Mesir, kekadang terbeli buah yang putik. Rasa isinya cukup masam. Cara mudah untuk elakkan terbeli buah yang masam, bertanyalah orang-orang lama di sini, terutama peminatnya.
Termakan Buah Ilmu masam
Hampir dua tahun di sini, saya pun tidak terkecuali membeli buah ilmu yang masam. Pada awalnya, cara makan pun tidak pandai. Atas tunjuk ajar dan petua beberapa orang lama, barulah sekarang merasai buah ilmu ini. Kata mereka,"Buah masak selepas putik, dipetik bila masak". Saya sampai sekarang kurang mengerti. Mujur berkat pesanan keluarga, dapat juga saya faham. Mereka pesan"Beli banyak-banyak deh buah ilmu ni,,balik bulih wat nego".
Akhir sekali, kalau sesiapa nak merasai buah ilmu, datanglah ke Mesir. Buah-buahan lain juga. Sedap dan murah. Dapatkan di Kaherah, Syurga Buah-buahan.

Subhanallah, bertuahnya pddk bumi kinanah dapat makan buah yg mahal2 mcm tu (klu kat malaysia). Ermm, tq atas mempromosi blog ana..hehe..ap pn gambar buah anggur nta lagi cantek dr yg ana pnya..
ReplyDeleteap maksd buah ilmu masam tu?
ReplyDeletebuah ilmu masam,,maksudnya,,datang klas x fham langsung, krn syeikh cakap bahasa arab ammi,fham skit2 pun x yakin...so ini memberi tension yg amat. berkat kesabarn n nasihat abang2, skrg Alhamdulillah.
ReplyDeletemasuk klas,,x faham langsung apa yang disyarahkan...so rasa tension sesgt..berkat sabar n nachat abang2..alhamdulillah dapat laluinya.
ReplyDelete