Ketika mengikuti pengajian yang disampaikan oleh Syeikh Ahmad pada waktu senggang antara maghrib dan isyak semalam,fokus kami terganggu sebentar apabila tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi letupan kuat. Saya pasti bunyi tersebut datang dari pasar Khalili berdekatan yang kebiasaannya sesak dengan pelancong-pelancong luar. Sejurus kemudian, gegendang telinga kami menangkap bunyi bising siren kenderaan polis di samping kekecohan orang ramai di luar. Kami yang berada di ruwak al-Atrak, salah satu bilik-bilik pengajian dalam Masjid Al-Azhar meneruskan kembali syarahan Kitab Hasyiah Baijuri tanpa menghiraukan kebisingan yang berlaku biarpun teka-teki masih bermain dalam fikiran. Masing-masing membuat andaian sendiri bagi menjawab kebuntuan tersebut.
Kami solat Isyak dan meneruskan lagi pengajian yang berlangsung lebih kurang setengah jam. Selesai sahaja kelas, kami ikhwah dan akhowat melangkah keluar dari masjid Al-Azhar secara berkumpulan menghala ke stesen bas di Darosah.Pinggir-pinggir jalan yang satu-satunya memisahkan bangunan masjid dan kawasan kejadian penuh dengan trak-trak pihak keselamatan yang tersadai. Secara dekat saya dapat melihat mayat-mayat yang masih bergelimpangan bersama cebisan anggota mangsa yang terbunuh dan darah pekat yang masih memerahi jalan(jgn percaye..sbb tgh malam so x nampak pe2) Kelihatan pihak keselamatan sedang membentengi tempat kejadian bagi menghalang orang ramai menghampirinya. Seorang wartawan pula sedang merakam kawasan kejadian sambil memanjat pagar jalan dari luar bentengan tersebut. Kami menyelusuri jalan tersebut tanpa menghiraukan kerumunan orang ramai di sekitar tempat kejadian.
Berita sebenar kejadian tersebut diketahui sebaik sahaja saya tiba di asrama penginapan. Letupan tersebut berpunca daripada ledakan bom tangan dan khabarnya telah mengorbankan beberapa orang mangsa termasuk warga asing di samping mangsa-mangsa lain yang turut cedera parah.Setakat ini sahaja, untuk maklumat lanjutnya silalah baca berita.

0 comments:
Post a Comment