Seusai kelas pengajian kitab Al-Iqna', dari Masjid Sultan Hasan kami terus melangkah keluar membelah kesesakan orang ramai menuju ke tempat tinggal. Hujan yang turun menimpa memaksa kami mempercepatkan langkah. Mujurlah hujan yang turun sekadar rintik-rintik bahasa yang mungkin sekadar untuk memberi isyarat yang menandakan sudah tamatlah musim panas dan bermulanya musim dingin. Moga-moga kedinginan cuaca pada hari-hari yang akan mendatang tidak sama sekali menggugah baraan semangat yang ada.
Group mengaji kami..kisasians

Menyentuh persoalan tentang mimpi, saya teringat kembali kata-kata Ustaz semasa berkisah tentang mimpi-mimpi beliau suatu ketika dulu. Mengikut kefahaman saya dari penjelasan beliau, mimpi atau dalam bahasa arab disebut "rukyah" bertitik tolak sama ada dari bisikan hawa nafsu, syaitan ataupun dari bisikan malaikat yang dianggap sebagai rukyah solihah. Bagi orang-orang yang sedang berjalan menuju Allah atau sedang dalam proses bermujahadah membersihkan hatinya antara isyarat yang menandakan hatinya terkesan dengan proses tersebut adalah melalui mimpi yang solih.
Memanglah jauh kalau nak dibandingkan diri ini dengan para ulamak solihin yang kerapkali didatangi mimpi-mimpi baik seperti berjumpa dengan Nabi SAW dan sebagainya. Berkenaan dua mimpi saya yang lepas, salah satu mimpi tersebut menayangkan pertemuan saya bersama salah seorang ustaz yang berada di Malaysia. Lagak ustaz yang memarahi saya dengan ucapan yang difahami agak merimaskan saya sebaik sahaja sedar dari mimpi tersebut. Setelah berfikir sejenak, saya merasakan mimpi tersebut seakan-akan nasihat atau teguran kepada saya. Kebetulan pada hari tersebut saya telah menerima tugasan dari salah satu persatuan yang berada di Mesir ini. Saya kira tugasan yang pertama sepanjang bermukim di sini.
Mimpi yang kedua, biarlah jadi rahsia untuk diri ini. Kalau diikutkan hadis- hadis yang menyentuh mengenai mimpi, mimpi yang dianggap mainan syaitan, dilarang untuk diceritakan.
Tetapi saya tidak pasti adakah mimpi kedua ini bermaksud atau sekadar mainan syaitan.
Sebagai akhirnya, bagi mengelakkan salah faham tentang persoalan mimpi, perlulah ditegaskan di sini bahawa mimpi sama sekali tidak boleh dipakai sebagai hujah selain mimpi Nabi SAW. Kualiti seseorang adalah pada ilmunya. Sekian sahaja, terima kasih kerana sudi membaca sampai habis.

0 comments:
Post a Comment